Pengawal Keselamatan Dikepung 20 Penunggang Motosikal

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PUCHONG – Seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya dikepung kira-kira 20 penunggang motosikal berhampiran Plaza Tol Batu 13 pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, mangsa membuat laporan sejurus selepas kejadian berlaku.

“Polis sedang giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Semakan mendapati dianggarkan seramai 20 penunggang motosikal terbabit dalam insiden ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mangsa yang memandu Perodua Myvi dilaporkan ditumbuk pada bahagian cermin sisi pemandu selain pintu kenderaannya ditendang.

Katanya, usaha mengesan serta menahan individu terbabit sedang dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan selain meminta saksi tampil menyalurkan maklumat,” katanya.

Mangsa yang memandu Perodua Myvi dilaporkan ditumbuk pada bahagian cermin sisi pemandu selain pintu kenderaannya ditendang.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan situasi tegang dialami seorang pemandu kereta yang dilihat terperangkap di tengah kumpulan penunggang motosikal.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa yang memandu Perodua Myvi dilaporkan ditumbuk pada bahagian cermin sisi pemandu selain pintu kenderaannya ditendang.

Sumber : SINAR HARIAN