Perdana Menteri Melawat Bazar Ramadan Gong Badak

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA NERUS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira 15 minit melawat Bazar Ramadan Gong Badak di sini, hari ini.

Beliau diiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar  berkesempatan beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung di tapak bazar terbabit.

Anwar turut dilihat membeli kuih tradisional akok, selain cuba menggoreng martabak di salah sebuah gerai di bazar tersebut.

Dalam lawatan kerja di Terengganu, Anwar dijadualkan menyertai Majlis Berbuka Puasa Malaysia Madani, Perdana Menteri Bersama Rakyat Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini.

Beliau kemudian menunaikan solat Maghrib di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT.

Perdana Menteri selepas itu meneruskan program hadir menunaikan solat  Isyak di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Sumber: UTUSAN