Petani Rugi Lebih RM25,000 Tanaman Mentimun Ditenggelami Banjir

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

RANTAU PANJANG – Seorang petani terpaksa berputih mata setiap kali Monsun Timur Laut (MTL) apabila tanaman mentimun yang diusahakan di Kampung Telaga Mas di sini, berulang kali musnah.

Mohd Nor Hafiz Mohd Nor, 32, mendakwa sejak pembinaan benteng menerusi projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok kawasan kebunnya sering dilanda banjir.

“Tanaman ini sudah digantung pada ketinggian 0.4 meter, malah sebelum ini jika berlaku hujan lebat air hanya mencecah 0.05 meter sahaja.

Tanaman ini sudah digantung pada ketinggian 0.4 meter, malah sebelum ini jika berlaku hujan lebat air hanya mencecah 0.05 meter sahaja.

Tanaman ini sudah digantung pada ketinggian 0.4 meter, malah sebelum ini jika berlaku hujan lebat air hanya mencecah 0.05 meter sahaja.

“Tetapi sejak pembinaan benteng, kawasan kebun saya ditenggelami air lebih 0.7 meter,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Menurutnya, perkara tersebut menyebabkan setiap tahun terpaksa menanggung kerugian.

Mohd Nor Hafiz berkata, kali ini kerugian yang dicatatkan ialah lebih RM25,000 berbanding sebelumnya sekitar RM15,000.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan ia merupakan satu ujian.

“Namun saya serta petani yang lain di sini berharap kerajaan dapat mencari alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah banjir buruk ini sebelum PLSB siap sepenuhnya,” katanya.

– SINAR HARIAN