Program Bersih Pantai ‘Terengganuku Comey’ Tarik Hampir 500 peserta

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA NERUS – Hampir 500 peserta menyertai program bersih pantai ‘Terengganuku Comey’ peringkat negeri Terengganu yang diadakan di Pantai Seberang Takir pagi tadi.

Pengarah UBSNT, Mohd Nasir Abd Razak berkata, program ini diadakan mewakili daerah Kuala Nerus dan akan diperluaskan lagi 7 buah daerah yang lain selepas ini.

“Alhamdulillah sambutan hari ini cukup memberangsangkan dan membanggakan dengan kehadiran hampir 500 orang peserta”.

“Mereka ini terdiri daripada kalangan agensi kakitangan (kerajaan dan swasta), mahasiswa, para pelajar dan badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh warga yang hadir memberikan sokongan yang padu kepada program ini.

Tambah beliau, program ini bertujuan bagi menerapkan sikap pentingkan kebersihan dan sayangkan imej negeri daripada kebersihan.

“Dan Insyallah dengan kempen ini, kita menandakan satu permulaan yang cukup baik untuk kita menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat dan seluruh warga negara kita amnya supaya mari lah sama-sama pakat jaga kebersihan”.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Manis FM di pesisir Pantai Seberang takir pada pagi tadi.

Program Terengganuku Comey pagi tadi turut dirasmikan oleh Pengerusi Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

– UNIT BERITA MANIS FM