Projek Naik Taraf Jalan Di Jelawat Tercapai

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Zameria Mat Nawang selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat bersyukur kerana permohonan pihaknya sejak 15 tahun lalu untuk menambahbaik jalan di Kampung Permatang Pasir ke Kampung Be’oh akhirnya tercapai.

Kata beliau, sebelum ini wakil rakyat, Abdul Azziz Kadir telahpun menyuarakan masalah yang menganggu urusan harian kira-kira 10,000 penduduk kampung Permatang Pasir, Telaga Ara dan Be’oh.

Ujarnya lagi, projek pembesaran naik taraf jalan satu kepada dua laluan, sepanjang kira-kira 19 kilometer ini telah diumumkan kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2024 tahun lalu, maka hasratnya telahpun tercapai.

Terdahulu, kerajaan persekutuan menerusi Belanjawan 2024 bawah inisiatif merapatkan jurang desa dan bandar telah mengumumkan projek pembinaan dan menaik taraf jalan-jalan raya di kampung dan desa yang sudah dikenal pasti di sepanjang 550 kilometer seluruh negara.

Salah satunya ialah menaik taraf jalan Kampung Permatang Pasir sehingga ke Kampung Gong Kulim, selain membina jalan dari Long Boh ke Behor Mempelan, Tambung Tulang di Perlis menelan belanja keseluruhan RM1.63 bilion.

– HARAKAH DAILY