redONE Postpaid 5G Baharu Tawarkan Data Sepantas Kilat Hanya Dari RM38 Sebulan!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Dalam era serba digital yang semakin canggih ini, diikuti perkembangan teknologi 5G yang semakin pesat di serata dunia, mungkin masih ada di kalangan pengguna telefon pintar yang masih belum berkesempatan untuk mendapatkan akses kepada 5G.

Menyedari hakikat itu, redONE Mobile, Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di rantau ASEAN turut memperkenalkan redONE Postpaid 5G yang menyediakan internet berkelajuan tinggi pada harga mampu milik iaitu bermula RM38 sahaja buat pengguna yang ingin menikmati kelajuan menggunakan rangkaian 5G tanpa perlu berbelanja lebih.

redONE Postpaid 5G memberikan pengalaman internet sepantas kilat yang pastinya lebih memuaskan, membolehkan anda menerokai dunia internet dengan lebih lancar merentasi rangkaian terluas di seluruh negara. Dengan kelajuan internet yang jauh lebih laju, anda pasti dapat merasai kelainan dari segi peningkatan produktiviti aktiviti harian seperti menikmati muat turun yang lebih cepat, penstriman video berkualiti tinggi tanpa sebarang gangguan serta pengalaman bermain permainan dalam talian ataupun gaming yang lebih lancar.

Selain itu, anda juga dapat menikmati akses tanpa had untuk penggunaan platform media sosial popular iaitu, Youtube, Facebook dan Instagram yang memberikan kebebasan untuk berinteraksi dengan lebih aktif serta berkongsi konten secara muatnaik ataupun ‘live’ lebih lancar. Dengan data yang lebih, pengguna tidak perlu lagi bimbang tentang had data yang cepat habis atau internet yang perlahan atau tersekat-sekat. Sudah pasti lebih mudah untuk terus berhubung dengan dunia maya tanpa perlu perlu risau akan ke semua faktor itu.

Bukan itu sahaja, redONE Postpaid 5G juga disertakan data yang boleh dihotspot untuk dikongsi dengan keluarga dan rakan atau digunakan bagi sambungan ke lebih daripada satu peranti atau telefon pintar. Ini pasti memudahkan urusan bagi golongan yang memerlukan sambungan internet yang stabil dan selamat bila bekerja di luar pejabat mahupun di kalangan pelajar bagi tujuan pembelajaran jarak jauh atau dalam talian.

Banyak manfaat yang anda dapat dengan redONE Postpaid 5G. Jadi, usah tunggu lagi. Tukarlah ke redONE Postpaid 5G hari ini dan rasai sendiri kehebatannya di hujung jari anda hari ini!

Layari redONEMobile.com.my untuk maklumat lanjut tentang pelan ini atau ikuti Facebook@redONEMobile dan Instagram @redONEMobileMy untuk lebih banyak tawaran dan info menarik!