
Inginkan pelan prabayar dengan internet berkelajuan 5G dengan harga bajet? redONE Mobile telah memperkenalkan pelan Prepaid 5G ULTRAplus, pelan prabayar pertama di Malaysia yang bagi telefon 5G PERCUMA dan peluang menang hadiah bernilai RM1 juta!
Dengan hanya RM8 untuk pek permulaan, anda terus dapat kredit RM5 dan 1GB percuma. Anda boleh strim movie layan gaming dan skrol media sosial dengan lancar. Nak lagi padu, anda boleh pilih pelan internet ikut keperluan harian, mingguan atau bulanan – sama ada nak 3GB untuk sehari, 15GB untuk seminggu, atau sampai 150GB sebulan (siap ada 50GB bonus!). Memang fleksibel, sesuai untuk pelajar, gamer, pencipta kadungan atau sesiapa saja yang sentiasa on-the-go atau perlukan data laju tapi tak mahu terikat dengan kontrak!
Yang buat pelan ni lagi menarik, setiap kali anda beli internet, anda akan kumpul redCOIN melalui aplikasi redONE Prepaid. Dengan redCOIN, anda boleh tebus ganjaran harian seperti data tambahan atau baucar, dan pada masa yang sama berpeluang menang hadiah besar dalam cabutan bertuah, termasuk kereta Myvi, skuter, iPhone 16 Pro, Nintendo Switch, tablet Samsung, e-scooter dan banyak lagi.
Tak cukup dengan itu, kalau anda langgan pelan ULTRAplus35 selama 6 bulan berturut-turut, anda layak naik taraf ke pelan postpaid devicePRO dan terus dapat telefon 5G percuma. Nak model premium atau lebih canggih pun boleh, hanya tambah sedikit bayaran.
Pek permulaan ULTRAplus berharga RM8 ni boleh didapati di semua kedai redONE Mobile atau melalui Shopee (redONE Mobile Official Store). Cepat dapatkan pek permulaan anda dan rasai pengalaman 5G sebenar sambil kumpul mata ganjaran untuk hadiah-hadiah hebat!
Untuk info lanjut tentang promosi serta tawaran menarik lain oleh redONE Mobile, layari redONEMobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di Facebook (@redONE Mobile), Instagram dan TikTok (@redonemobile.my) .





