SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Risau Pemakaian Face Mask Boleh Mendatangkan Jerawat Di Muka? Ikuti Nasihat Doktor Ini!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Di saat pandemik melanda dunia ketika ini, dinasihatkan kepada semua orang untuk memakai pelitup muka sebagai langkah keselamatan. 

Namun, ada yang menyatakan pemakaian pelitup muka ini mendatangkan kerengsaan kulit yang mendatangkan jerawat di muka. Biasalah, siapa tak stress kalau jerawat mula tumbuh di wajah muka. Lagi-lagi, perempuan.

Jadi ini ada beberapa nasihat Dr. Irma Shida yang berkongsi apa yang anda boleh lakukan sekiranya jerawat mula tumbuh di wajah muka ketika memakai pelitup muka.

1. Tukar pelitup muka setiap 3-4 jam

pemakaian face mask boleh mendatangkan jerawat di muka, ini nasihat doktor!

Kalau anda keluar rumah dalam tempoh masa yang lama, pastikan anda selalu tukar pelitup muka dengan yang baru. Jangan pakai pelitup muka yang sama dari pagi sampai malam.

2. Basuh pelitup muka jenis kain

pemakaian face mask boleh mendatangkan jerawat di muka, ini nasihat doktor!

Kalau anda pakai pelitup muka yang jenis kain, pastikan anda basuh pelitup muka setiap hari. Jangan lah sampai tak basuh seminggu.

3. Cuba kurangkan memakai alat solek

pemakaian face mask boleh mendatangkan jerawat di muka, ini nasihat doktor!

Kalau anda jenis yang pakai makeup setiap hari, mungkin anda boleh kurangkan pemakaian make up terutama sekali pemakaian foundation. Bila pakai makeup tebal bertambah dengam pelitup muka, pori-pori pun akan jadi tersumbat. Sebab itulah jerawat boleh naik dengan cepat.

4. Gunakan produk penjagaan kulit yang mempunyai sifat antibakteria

pemakaian face mask boleh mendatangkan jerawat di muka, ini nasihat doktor!

Punca ‘maskne’ boleh terjadi adalah disebabkan perkumpulan bakteria, jadi anda perlu menggunakan produk yang ada antibacterial properties yang mampu melawan kuman di wajah muka. Contohnya, honey, frankincense.

5. Gunakan produk yang boleh menenangkan kulit

pemakaian face mask boleh mendatangkan jerawat di muka, ini nasihat doktor!

Bila kulit tengah meradang dengan jerawat, anda perlu menggunakan produk yang mengandungi bahan yang akan menenangkan kulit muka. Ini termasuklah bahan, centella, seaweed, calendula etc.

Sumber: Twitter Dr. Irma Shida

Terkini | Popular