RM9.6j Baik Pulih 39 Klinik Daif di Kelantan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 39 klinik daif di seluruh Kelantan untuk dibaik pulih, dengan peruntukan bernilai RM9.6 juta.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata klinik terbabit merangkumi lapan klinik desa, 18 klinik kesihatan dan 13 klinik pergigian.

Beliau berkata, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek baik pulih itu, KKM menubuhkan Pasukan Petugas Khas Projek Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif, yang berperanan untuk memantau pelaksanaan projek di setiap negeri terbabit.

“Menerusi lawatan kerja ke Kelantan tempoh hari, saya berpeluang meninjau sendiri keadaan beberapa buah klinik daif berkenaan.

“Semoga segala perancangan projek berjalan lancar demi keselesaan petugas kesihatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat Malaysia.

“Doakan semoga segala usaha kami dipermudahkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

– BERITA HARIAN