Safawi Rasid Diumum Secara Rasmi Sebagai Pemain Portimonense S.C

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kelab Portimonense secara rasmi telah mengumumkan Safawi Rasid sebagai pemain baharu yang bakal beraksi untuk kelab itu yang berpengkalan di Portugal. Selepas mengecapi pelbagai kejayaan di JDT, akhirnya Safawi yang juga pemain utama pasukan kebangsaan memilih Portimonense SC sebagai cabaran baharu dalam karier beliau sebagai pemain bola sepak.

Ini bukanlah kali pertama pemain Malaysia bakal beraksi di liga eropah tetapi pencapaian Safawi sehingga berjaya dilamar kelab ini seharusnya diberi pujian. Kelab Portimonense ini beraksi di liga utama Portugal yang akan turut menentang kelab-kelab besar Portugal seperti FC Porto, Benfica dan Sporting Lisbon.

Ruangan komen di Facebook rasmi kelab berkenaan turut dihujani pelbagai ucapan oleh rakyat Malaysia


Jersi hitam putih Portimonense S.C turut dikaitkan dengan pasukan Terengganu FC

Untuk rekod, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu muncul pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium, Ogos lalu.

Tahniah dan selamat maju jaya buat Safawi!

Sumber: Portimonense / Siakap Keli