Salah Kecewa Gagal Ke Liga Juara-Juara

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

MANCHESTER – Mohamed Salah berkata tiada alasan buat Liverpool selepas gagal layak ke Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dalam tujuh musim.

Peluang Liverpool kendalian Jurgen Klopp tertutup selepas Manchester United mengesahkan kedudukan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Chelsea 4-1 di Old Trafford.

United akan menyertai juara liga, Manchester City, Arsenal dan Newcastle untuk bersaing dalam kelompok elit Eropah musim depan.

Prestasi Liverpool menjunam teruk musim ini selepas begitu hampir untuk meraih empat kejuaraan musim lalu.

Kebangkitan di akhir musim ini tidak mencukupi buat Salah dan rakan sepasukan, 10 perlawanan tanpa kalah sekadar memberikan mereka tempat kelima dan saingan Liga Europa.

“Saya amat kecewa. Tiada alasan untuk ini. Kami mempunyai segala yang diperlukan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan tetapi gagal.

– BERITA HARIAN