Salimey Bantu Cico Ringankan Beban

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Dikaitkan dengan penyakit misteri beberapa tahun lalu, anak penyanyi lagenda, Uji Rashid iaitu Civo Harahap, 47 berdepan satu lagu ujian apabila dilapor mengalami masalah jantung.

Keadaan kaki Cico yang membengkak pula menyebabkan beliau dimasukkan ke Hospital Ampang, Selangor pada Ramadan baru ini.

Turut bersimpati dengan nasib yang ditimpa, sahabatnya, Salimey Abu Bakar yang merupakan seorang penyanyi memaklumkan pertuturan Cico sendiri tidak betul dek kerana penyakit misteri yang dialaminya pada 2016.

Ia menyukarkan pergerakan Cico kerana penyakit tersebut membataskan keupayaan diri.

Cico meluahkan rasa sedih apabila penderitaan yang dialaminya tidak mendapat perhatian persatuan seni. Tampilnya Salimey yang memahami keadaannya, bertindak menghubungi Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi dan berusaha sedaya upaya mendapatkan bantuan Pusat Pengurusan Zakat (PPZ) untuknya.

Sejak bergelar pelakon, Cico banyak membintangi filem antaranya Puteri Impian, Mistik dan Kuliah Cinta.

Pada 2016, Cico dilapor mengalami masalah kesihatan serius selepas menghadiri majlis sambutan hari jadi.

Sejak itu, pelbagai usaha dilapor dilakukan Uji untuk merawat Cico, termasuk menjalani perubatan secara Islam.

-BHarian