Sambutan Hari Raya KUTERER Meriah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Hampir 1,500 tetamu hadir memeriahkan Voice Family Karaoke Hari Raya Antarabangsa KUTERER yang diadakan di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu semalam.

Ahli Jawatankuasa Kuala Terengganu Residen (KUTERER), Fariszuan Azhar berkata, program ini telah dicetuskan sejak tahun 2017 dengan mengetengahkan pelbagai tema bagi memeriahkan lagi majlis sambutan ini.

“Ada hari tu sekali, tema kampung, tema “bekwoh” sama-sama naikkan khemah, tema raya silam iaitu masa-masa dahulu”

“Cuma tahun ini kita buat ‘special’ sikit iaitu tema antarabangsa yang gabung semua negara seperti China, Jepun, London dan sebagainya”.

Tambahnya, pelbagai makanan yang disediakan di sini seperti nasi dagang, kuih muih dan kambing bakar untuk pengunjung yang hadir.

Pelbagai aktiviti turut memeriahkan suasana di sini antaranya Pertandingan Raya KUTERER, Pertandingan Hot Wheels, Permainan tradisional selain pelbagai jabatan kerajaan dan swasta turut sama membuka reruai untuk pameran.

Menurut beliau lagi, anjuran program ini dilihat dapat mengeratkan silaturahim di antara ahli KUTERER dan mampu kembangkan usahwan kecil selain menjadi pusat info setempat melalui media sosial di kalangan ahli KUTERER.

Beliau turt berharap fungsi KUTERER terus mampu menjadi platform yang akan memanfaatkan masyarakat setempat dan mendapat sokongan dari pelbgai pihak.

– UNIT BERITA MANIS FM