Selera Manis Ep 8- Norrarich Kerabu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Oleh: Naema Rashid

Pantai Timur ni sememangnya sinonim dengan Nasi Kerabu kan, lagi-lagi di negeri Kelantan dan Terengganu.

Jadi, memang tugas kami, Manis TV mencari tempat makan yang mampu memenuhi selera perut anda dengan makanan yang sangat sedap dan lazat. Untuk Selera Manis minggu ini, kami memilih untuk makan pagi di Norra Rich Kerabu di Gong Badak.

 

Norrarich Kerabu telah beroperasi sejak 1998 bermula dari kecil-kecilan sehingga mempunyai dua cawangan Norrarich setakat ini. Norrarich menyediakan Nasi Kerabu dengan pelbagai pilihan lauk-pauk yang lazat. Dimakan bersama Ulam, Sambal Kelapa dan Sambal Tumis yang kaya dengan rempah, pengunjung juga boleh memilih ‘side dish’ tambah seperti Sorok Lada, telur masin dan Jeruk Bawang putih.

 Signature dish di Norrarich set Nasi Kerabu Kambing Bakar

Jika anda singgah di Norrarich Kerabu, anda wajib mencuba ‘signature dish’ di sini iaitu Kambing Bakar. Selain itu, para pelanggan boleh juga memilih ayam bakar atau daging bakar yang dipanggang di atas dapur arang. Terdapat juga lauk sampingan yang sukar didapati di Terengganu seperti Kerabu Perut dan Kerabu Rumpai Laut atau dikenali Kerabu Sarei dalam kalangan masyarakat Terengganu. Memang menarik dan membangkitkan selera anda!

 Pelanggan juga boleh mencuba Nasi Kerabu Ayam Bakar

  Set Nasi Kerabu bersama Daging Bakar

Menurut Puan Norra, pengusaha Norrarich Nasi Kerabu beliau dan keluarga telah lama berkecimpung berniaga Nasi Kerabu di Kelantan dan Terengganu. Rata-rata keluarga beliau juga menjalankan perniagaan Nasi Kerabu dan sehingga kini Puan Norra masih mengekalkan perapan yang diwarisi dari datuk beliau.

 Kerabu Sarei  atau Kerabu Rumpai Laut

Jadi apa tunggu lagi? Penuhi waktu musim cuti sekolah dengan ‘jalan-jalan cari makan’ di sekitar Terengganu bersama keluarga. Dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi hinggan 12.00 tengahari. Norrarich semestinya pilhan yang tepat untuk sarapan pagi Nasi Kerabu. Layari Facebook Norrarich Kerabu atau hubungi Norrarich Kerabu di talian 019-917 7349.

 

SELERA MANIS 08: NORRA RICH KERABU

Geng cuti sekolah pergi mana? Confirm nak makan sedap kan? Norrarich Nasi Kerabu di Gong Badak menyajikan Nasi Kerabu yang semestinya sedap dan lazat sesuai dimakan bersama keluarga. Dengan perapan kambing dan ayam bakar resepi zaman berzaman, ditambah lauk yang rare seperti Kerabu Perut, dan Kerabu Sarei (rumpai laut) confirm makan sekali nak lagi!Waktu operasi setiap hari Dari jam 6.30 pagi hingga 12.00 tengahariLokasi: https://goo.gl/maps/SsUGr6NRYavuQD4p8atau anda boleh singgah di cawangan ke 2 Norrarich iaitu di Bangunan Arked Mara, Taman Syahbandar Kuala Terengganu.Sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-917 7349#vbt2020 #spotmanis #manistv #paparanpantaitimur #manisfm #gayapantaitimur #kamikongsi #seleramanis #localspot #sedap #streetfood #sarapanpagi #nasikerabu #makansedap #makanansedap #gongbadak #kualaterengganu

Posted by Manis TV on Saturday, March 14, 2020

Sumber: Manis TV