Serangan Israel; Tidak Jejas Gencatan Senjata – Trump

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Members of the Red Cross stand amid the rubble of destroyed buildings as heavy machinery operates in the al-Tuffah neighbourhood of Gaza City on October 27, 2025. The families of Israeli hostages on October 27 demanded that the next steps in the US-brokered Gaza ceasefire be put on hold until Hamas returns the remaining bodies of dead captives. In the past two days, Egypt has sent recovery crews and heavy earth-moving equipment into Gaza, with Israeli approval, to help with the recovery operation of the bodies of Israeli hostages. (Photo by Omar AL-QATTAA / AFP)

GAZA, 29 Oktober– Serangan terbaharu Israel ke atas Gaza tidak akan menjejaskan gencatan senjata yang termeterai pada awal Oktober lalu.

Jaminan itu diberikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Dalam serangan terbaharu itu, sekurang-kurangnya 38 rakyat Gaza terkorban.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu mengarahkan serangan besar-besaran terhadap Gaza selepas menuduh kononnya Hamas telah menyerang tenteranya yang ditempatkan di wilayah tersebut.

Hamas bagaimanapun menafikan perkara itu dan menegaskan komitmen terhadap gencatan senjata yang diusulkan Amerika Syarikat.

Naib Presiden AS, JD Vance pula menyatakan bahawa gencatan senjata masih berterusan walaupun berlaku beberapa “pertempuran kecil”.

“Kami tahu bahawa Hamas atau mungkin pihak lain di Gaza, menyerang seorang askar IDF, tetapi saya percaya keamanan yang diusahakan oleh Presiden akan kekal,” katanya. -AFP

Sumber: RTM