‘Serangan Politik’ Punca Majoriti Meningkat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan serangan politik yang berterusan ke atasnya menyebabkan majoriti undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), kali ini bertambah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu, berkata pelbagai serangan dan tuduhan yang dibuat terhadapnya.

“Serangan dan tuduhan terhadap saya itu dibuat oleh musuh politik iaitu UMNO, Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Itu (serangan) kerja dia,” katanya pada sidang media di di Pejabat Perhubungan PAS, di sini malam ini.

Yang turut hadir, Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor.

Ketika ditanya adakah beliau jangka pertambahan majoriti undi terhadapnya, Mohd Amar, berkata beliau memang jangka majoriti itu akan bertambah.

Terdahulu, Mohd Amar yang juga calon PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor memperoleh 18,700 undi, meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain yang mendapat 8,014 dengan majoriti 10,686 undi.

– BERITA HARIAN