Terengganu Mahu ECERDC Terus Berperanan Bangunkan Negeri

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA NERUS – Kerajaan Terengganu akan memastikan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) terus berperanan dalam memajukan negeri itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata walaupun baru sekali mesyuarat itu dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata pihaknya berharap agar kerjasama itu membuahkan hasil untuk rakyat.

“Mesyuarat itu merupakan kali pertama diadakan selepas kerajaan baru dibentuk.

“Kerajaan negeri akan terus memberikan komitmen yang baik dalam ECERDC walau apa jua peranan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Lawn Bowls Kebangsaan bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini semalam.

Terdahulu Ahmad Samsuri berkata, pelbagai perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ECERDC tersebut antaranya berkaitan status terkini pelaburan.

“Serta projek-projek dalam pelaksanaan dan perancangan bagi pembangunan negeri-negeri Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

“Doakan agar segala perancangan dan usaha ini memberi manfaat buat negeri dan rakyat Negeri Terengganu khususnya, insya-Allah,” ujarnya.

– TRDI