Terma & Syarat #ManisSmallBIZ

1. Inisiatif ini terbuka untuk penyertaan oleh semua bisnes kecil yang ditubuhkan dan beroperasi di pantai timur (“Peserta”). Bisnes kecil boleh meliputi penjual makanan, suri rumah yang menjalankan perniagaan dari rumah, artis solek, penjaja kecil dan lain-lain lagi.

2. Peserta harus melayari laman web Manis FM dan melengkapkan semua butir-butir yang diperlukan dan dengan khususnya menyatakan: latar belakang ringkas mengenai jenis perniagaan ,nombor kad pengenalan, dan memberikan butir-butir kenalan (contact details) iaitu emel / nombor telefon serta memuat naik gambar kedai/produk.

3. Peserta boleh menominasikan bisnes kecil mereka sendiri atau bisnes kecil yang lain yang Peserta percaya memerlukan bantuan. Walau bagaimanapun, Peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja untuk Inisiatif ini. Penyertaan berikutnya akan hilang kelayakan.

4. Tempoh untuk penyertaan adalah dari , 13 Januari  2021 pada 12 pagi sehingga Jumaat, 31 Disember 2021 pada 12 tengah hari (“Tempoh Inisiatif”). CSAs tersebut akan disiarkan setiap hari Rabu, 13 Januari 2021 sehingga Jumaat, 31 Disember 2021. Manis FM berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menangguhkan Tempoh Inisiatif atau mana-mana tarikh, atau menetapkan tarikh baru mengikut budi bicara mutlaknya.

5. Penyertaan akan dipertimbangkan setiap minggu di mana CSAs yang akan disiarkan akan dipilih berdasarkan penyertaan-penyertaan yang diterima dalam minggu sebelumnya bermula dari hari Ahad sebelumnya pada 12 pagi sehingga hari Khamis sebelumnya pada 12 tengah hari.

6. Untuk mengelakkan keraguan, tiada apa yang dinyatakan di sini dimaksudkan untuk mewajibkan Manis FM untuk mempromosikan bisnes kecil tersebut, dan Manis FM mempunyai hak mutlak untuk menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan untuk apa jua sebab. Apa-apa keputusan oleh Manis FM mengenai Inisiatif ini adalah muktamad dan Manis FM tidak akan melayan apa-apa rayuan atau persoalan oleh Peserta terhadap keputusan tersebut.

7. Manis FM mempunyai budi bicara terakhir untuk meminda, menukar atau menyunting butir-butir yang dikemukakan oleh Peserta untuk menjadikan yang sama sesuai untuk penyiaran di Manis FM. Format, kandungan, suara bakat dan produksi CSAs dan cara bagaimana CSAs akan disampaikan akan ditentukan oleh Manis FM dalam budi bicara mutlaknya tanpa merujuk kepada Peserta.

8. Semua konsep-konsep, audio-audio, skrip-skrip, kapsul-kapsul dan/atau produk-produk atau bahan-bahan di dalam apa-apa bentuk dan format yang dibuat, dihasilkan oleh Manis FM untuk Inisiatif ini (secara kolektif, “Karya”) adalah dimiliki secara tunggal dan khususnya oleh Manis FM, dan Manis FM merupakan pemilik tunggal semua harta intelek di dalam Karya tersebut. Peserta dan/atau bisnes mikro yang dinominasikan tidak mendapat sebarang hak kepada Karya tersebut dan tidak boleh menggunakan Karya tersebut untuk apa-apa tujuan lain tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada Manis FM terlebih dahulu. Dengan menghantar penyertaan, Peserta memberikan Manis FM, lesen yang tidak eksklusif dan tanpa royalti untuk menggunakan tanda dagangan dan jenama (trademark and brand name) bisnes kecil mereka di dalam CSAs yang akan dihasilkan dan disiarkan.

9. Dengan menghantar penyertaan, Peserta bersetuju untuk menyerahhakkan kepada dan memberikan Manis FM, hak mutlak dan lesen untuk seluruh dunia (yang kekal, tanpa royalti, tidak eksklusif dan yang boleh dilesenkan) untuk menggunakan, membuat salinan, meminda, mengubahsuai, menyesuaikan, menerbitkan, menterjemah, membuat karya terbitan daripada, mengedar, melaksanakan, bermain, membuat tersedia kepada orang awam, dan melaksanakan semua hak cipta dan publisiti berkenaan dengan butiran/foto/video/cerita yang diberikan oleh Peserta dan Peserta mengetepikan apa-apa hak moral dalam butiran/foto/video/cerita tersebut.

10. Di mana Peserta telah menominasikan bisnes mikro lain, Peserta mestilah mendapatkan kebenaran daripada bisnes mikro tersebut untuk menghantar butiran mereka untuk tujuan Inisiatif ini.
11. Dengan menghantar penyertaan, Peserta akui bahawa mereka telah membaca, memahami dan bersetuju kepada terma-terma di dalam Notis Privasi yang terdapat di www.manis.fm dan setuju kepada pemprosesan data peribadi Peserta, pekerja, pegawai, pengkhidmat dan/atau wakil Peserta oleh Manis FM.

12. Manis FM berhak meminda atau mengubah terma-terma dan syarat-syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.