Wanita Maut Kereta Rempuh Belakang Lori

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuching: Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya merempuh belakang sebuah lori di Jalan Kuching-Serian di Siburan, awal pagi ini.

Mangsa Viennie Kathryen Deles, 30, disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.49 pagi.

Berikutan itu, katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan diarah lokasi.”Setibanya di tempat kejadian, bomba mendapati kereta dipandu mangsa terbalik dengan pemandunya masih terperangkap.

“Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan untuk pemeriksaan dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, anggota bomba kemudian menjalankan kerja pembersihan jalan sebelum menamatkan operasi pada jam 5.39 pagi.

Sumber: Harian Metro