109 penumpang selamat, kapal terbakar

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jakarta: Sebuah kapal yang membawa 109 penumpang terbakar dalam kejadian di barat Indonesia pada Isnin.

Semua penumpang dan krew kapal bagaimanapun berjaya diselamatkan, kata pegawai rasmi kerajaan.

Ketika kejadian, kapal Gunsa 8 dalam pelayaran di Selat Bangka dan kebakaran bermula dari bahagian dek enjin kata Aswind Abu Nawar, Ketua Unit Kecemasan Agensi Pengurusan Bencana Kepulauan Bangka Belitung.

Menurut maklumat rasmi, kapal berkenaan memulakan pelayaran menuju pelabuhan Sumatera Selatan.

“Semua 90 penumpang dan 19 krew kapal diselamatkan kapal lain yang berada berdekatan lokasi kejadian.

“Enam daripada penumpang kapal adalah kanak-kanak,” katanya kepada Xinhua menerusi panggilan telefon.

Sumber: My Metro