Sang Penyu bangkit di SSMZA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Gong Badak- Terengganu FC (TFC) bangkit selepas tewas menentang Penang FC baru-baru ini sebelum berjaya menumpaskan UiTM FC, 3-0 di halaman sendiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

TFC terlebih dahulu mengejutkan UiTM FC apabila skuad penyu itu memperoleh gol pembukaan menerusi penyerang utama mereka David da Silva pada minit ketujuh.

Giliran pemain sayap lincah, Faisal Abdul Halim mencetak nama sebagai penjaring selepas dia menyudahkan hantaran lintang Hakimi Abdullah dari sebelah kiri dengan tandukan tepat ke arah gol lawan.

Rahmat Makasuf menambah derita UiTM FC pada minit ke 76, dengan sepakan leret yang tidak dapat ditepis dengan kemas oleh penjaga gol UiTM FC Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri, sekali gus membolehkan skuad Penyu membawa pulang tiga mata yang bermakna.

Dengan mata terkumpul 24 mata, TFC berjaya merampas kembali kedudukan kedua daripada Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas pasukan kendalian Aidil Sahak itu tewas tipis kepada skuad Harimau Selatan.