AC Mizal, Isteri Bengang Beg Rosak Di Airport

Facebook
Twitter
Google+

Bukan saja orang kebiasaan yang turut mengalami nasib malang apabila bagasi rosak ketika dalam penerbangan, nampaknya pengacara serba boleh iaitu AC Mizal turut bengang dengan perkara yang terjadi ke atasnya itu. Perkara itu dikongsikan oleh isterinya di laman Instagram.

“Bertahun naik kapal terbang dari pelbagai company but today naik AirAsia, hancur beg! Bila pergi customer service layan macam nak tak nak. What kind of airline when ypu are not sure that your luggage will be in good conditionAirAsia please respect your customer!” tulis isteri AC Mizal di laman tersebut.

Menurut AC, dia terpaksa mencari bag baru dan jika dia ingin mendapatkan ganti rugi untuk bag tersebut, dia perlu membawa semula bag yang telah rosak berkenaan apabila pulang ke Kuala Lumpur nanti.

Apa yang pasti, ruangan komen dipenuhi dengan luahan-luahan hati mereka yang turut menerima nasib yang sama ketika menggunakan servis penerbangan tambang murah itu. Bagaimana kesudahan kisah bagasi AC Mizal ini nanti tidaklah kami ketahui namun harap-harap semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sumber: Rotikaya

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008