Apabila Imam Uyghur Ditahan, Masyarakat Uyghur Mula Takut Untuk Mati

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Imam Uyghur yang berada di Masjid Id Kah dan sedang diawasi melalui kamera.

Apabila pihak berkuasa di Wilayah  Xinjiang Uyghur China barat laut (XUAR)  menahan beratus-ratus imam Muslim, secara tidak langsung  wujud keadaan di mana masyarakat Uyghur rasa “takut untuk mati” kerana bimbang tidak ada yang akan menguruskan pengebumian mereka.

Berdasarkan wawancara bersama Abduweli Ayup, seorang bekas tahanan Uyghur yang kini berada di Norway , beliau mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 613 imam telah ditahan dalam kem tahanan. Dianggarkan seramai 1.8 juta rakyat Uyghur dan golongan minoriti Muslim lain telah dimasukkan ke  kem sejak awal 2017.

Di dalam sebuah webinar bertajuk “Di mana Imam?” yang dianjurkan oleh Projek Hak Asasi Manusia (UHRP) Ayup menyatakan  bahawa dia telah memulakan pencarian Imam Uyghur pada tahun 2018, sekitar bulan Mei. Namun setelah wawancara selesai pada bulan November pada tahun itu  dia mendapati bahawa golongan yang paling disasarkan adalah tokoh agama.

Menurut Ayup pada mulanya semasa pencarian itu dijalankan seramai 300 imam yang disenaraikan [yang sedang ditahan] namun setelah mereka mengemas kini angka tersebut pada menjelang bulan Jun, jumlah terakhir adalah seramai 613 orang Imam telah disenaraikan.”

Ayup juga pernah mengalami penahanan dan penyiksaan selama berbulan-bulan ketika dipenjarakan pada tahun 2013-2014. Hal ini kerana beliau memperjuangkan hak sosial dan budaya melalui Pendidikan bahasa Uyghur. Beliau juga pernah mewawancara sekurang-kurangnya 16 bekas tahanan kem yang mengatakan ramai imam ditangkap dalam kalangan komuniti Uyghur.

“Mereka memberitahu saya bahawa setelah para imam itu ditangkap, rakyat Uyghur menjadi takut . mati kerana tidak ada imam untuk mengeruskan pengebumian mereka,” katanya.

Seorang bekas tahanan yang tinggal di Belanda memberitahunya bahawa di ibu kota Urumqi, “orang harus mendaftar dan harus menunggu ketika seseorang mati.”

Seorang bekas tahanan lain yang merupakan seorang sarjana di Sweden memberitahu Ayup bahawa meskipun hak mereka ditindas, “Sebenarnya masyarakat Uyghur tidak takut untuk hidup” . “Masyarakat Uyghur sebenarnya takut untuk mati kerana masjid telah dirobohkan, dan imam ditangkap, Ini berkemungkinan tidak akan ada upacara pengebumian,” katanya.

Kebimbangan Terhadap Pemimpin agama wanita di Uyghur

Menurut Rachel Harris, seorang profesor etnomusikologi di School of Oriental and African Studies (SOAS) di University of London, menyatakan bahawa bukan Imam lelaki sahaja yang disasarkan dalam masyarakat Uyghur. Harris menyarankan agar wilayah tersebut turut memasukkan pemimpin agama wanita dalam siasatan mereka mengenai penahanan dalam kem tahanan.

Meskipun pemimpin agama  wanita di kalangan masyarakat Uyghur tidak diakui secara rasmi, namun pemimpin agama wanita sangat penting dalam masyarakat Uyghur.

Memang jelas bahawa pemimpin wanita tidak menjalankan tugas di masjid dan mereka lebih berkepentingan di rumah, tetapi mereka turut melakukan semua peranan penting sama seperti yang dilakukan oleh imam lelaki.

“Para pemimpin agama wanita bekerjasama dengan kaum wanita, Mereka terlibat dalam menguruskan upacara pengebumian wanita, Mereka juga mengajar anak-anak kecil membaca Al-Quran. Ini menunjukkan bahawa kaum berperanan penting dalam masyarakat seperti  menangani perselisihan, memberi nasihat, mengetuai urusan ibadat.