Banjir: 41 Mangsa Masih Di Dua PPS Di Pahang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Seramai 41 daripada 13 keluarga masih berada di dua pusat penempatan sementara (PPS) di dua daerah di Pahang iaitu Maran dan Raub setakat jam 8 pagi, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang memaklumkan seramai 20 mangsa daripada lima keluarga membabitkan penduduk di Maran.

Di Raub pula membabitkan 21 mangsa daripada lapan keluarga.

Sementara itu, data dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, tiga sungai di Pahang masih mencatat bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 8 pagi, hari ini.

Paras sungai terbabit ialah di Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan; Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran.

Sungai Jempol di Rancangan FELDA Jengka, Maran; Sungai Pahang di Kampung Chenor, Maran dan Sungai Belat di Seri Damai, di sini pula merekodkan air sungai melepasi paras waspada.

Sumber: BERITA HARIAN