Bantuan one-off RM500 untuk petani, penternak dan nelayan Terengganu positif Covid-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU: Golongan petani, penternak dan nelayan di Terengganu yang dijangkiti Covid-19 bakal menerima bantuan one-off sebanyak RM500.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sagu hati berkenaan bertujuan untuk meringankan beban mereka yang tidak dapat mencari rezeki berikutan menjalani rawatan mahu pun kuarantin.

“Bantuan ini akan disalurkan dengan kadar segera dan jabatan-jabatan terlibat sudah mengumpul data lengkap di setiap daerah bagi memastikan tiada yang tercicir atau terpinggir.

“Melalui insentif ini, diharap boleh memberikan suntikan motivasi kepada warga tani untuk terus berbakti sekaligus menyemarakkan lagi Tahun Pertanian Terengganu 2021,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut mengambil serius perkara itu kerana pertanian merupakan sektor yang diceburi majoriti oleh rakyat Terengganu.

Sumber: UTUSAN ONLINE