Beberapa Perkhidmatan Perbankan CIMB Masih Alami Gangguan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan perbankan CIMB termasuk transaksi, FPX, MyDebit, kredit dan Terminal Layan Diri masih mengalami gangguan sementara setakat pagi Selasa.

Bagaimanapun, bank berkenaan dalam hantaran di platform X memaklumkan, perkhidmatan CIMB OCTO & CIMB Clicks yang mengalami gangguan sejak Isnin lalu kini tersedia, manakala perkhidmatan selebihnya akan dipulihkan secara beransur-ansur.

Pengurusan bank itu menegaskan, mereka sedang giat berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin.

Gangguan itu telah menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna perkhidmatan CIMB, dengan ramai yang menggesa bank itu untuk segera menyelesaikan isu tersebut bagi memudahkan transaksi mereka.

Difahamkan semalam sistem dalam talian bank berkenaan mengalami gangguan perkhidmatan yang telah diselesaikan, namun untuk isu yang sama timbul semula beberapa jam kemudian yang berterusan sehingga kini.

– AWANI