Beruang Kutub Ditemui di Sebuah Bandar?

Facebook
Twitter
Google+

Oleh Najmi Mamat

Seekor beruang kutub ditemui berlegar di sebuah bandar jauh dari habitat asalnya di Artik. Bunyinya pelik tetapi inilah yang terjadi kepada beruang putih ini di sebuah bandar perindustrian Russia, Norilsk di Utara Siberia, semalam.

Menurut laporan oleh pencinta alam sekitar tempatan, ia merupakan beruang kutub pertama didapati di kawasan bandar selepas lebih empat dekad.

Video menunjukkan beruang yang dilihat sakit itu sedang berlegar-legar di sekitar jalan utama bandar itu dan turut merayau sehingga ke tapak pelupusan sampah, seolah-olah sedang mencari makanan.

Aktivis berpendapat bahawa perubahan iklim telah mengurangkan lautan ais habitat beruang tersebut dan ini menyebabkan mereka terpaksa berhijrah beratus-ratus kilometer untuk mencari makanan.

“Ia tidak normal untuk spesis itu berjalan sejauh ini ke arah selatan tetapi situasi aneh ini boleh berlaku disebabkan ketandusan makanan dan ais,” kata pakar hidupan liar kepada agensi berita.

Sekumpulan pakar dikerahkan ke tempat ditemui bagi membuat pemeriksaan pada beruang spesis Ursus Maritumus itu.

Dalam pada itu, perkara itu turut mendapat respon aktivis pejuang haiwan dan ahli politik menerusi ciapan di Twitter.

 

Sumber: The Guardian

Foto: Reuters

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008