Cara Untuk Basuh Tudung Kesayangan Anda

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Gadis berhijab sekalian pastinya anda tahu hijab ialah rakan baik yang sentiasa dibawa kemana sahaja.

Kalau dah dianggap sebagai rakan baik, pasti ia harus dijaga dengan rapi dan manja sekali. Iyalah, tudung bukan hanya untuk dipakai sekali sahaja, itu belum lagi kalau yang ada tudung favorite.

Penjagaan utama tudung ialah ketika membersih atau mencuci. Sebenarnya cara untuk membersih tudung sama sahaja tapi ia bergantung juga kepada jenis fabrik dan jenis perincian yang terdapat pada tudung tersebut.

Usah cakap banyak, mari kita sama praktiskan cara paling elok untuk membersihkan tudung…

#1 Rendam

Kesan mekap terutamanya bedak asas atau pemerah pipi pasti menebal sekitar tepi tudung. Seeloknya rendam tudung dengan pencuci selama  1 malam. Kemudian, gosok bahagian kotor sehingga hilang.

#2 Jenis pencuci

Kalau anda suka gunakan pelembut atau pewangi fabrik baik berhati-hati dengan kuantiti. Jika terlalu banyak kerana ia boleh fabrik tudung jadi terlalu lembik dan susah dibentuk. Selain itu, pastikan serbuk pencuci yang digunakan biar larut dahulu didalam air. Nanti habis bertompok putih pula tudung.

#3 Jangan terkena pancaran matahari

Ketika menjemur tudung, elakkan dari jemur terus ke pancaran matahari. Cara sebegitu boleh menyebabkan warna tudung luntur dan bercapuk. Jemur sahaja dibahagian teduh atau berbumbung baru selamat.

#4 Basuh guna mesin? 

Faham, adakalanya kita rasa malas untuk mencuci guna tangan, lagi mudah picit-picit mesin sahaja. Cumanya pastikan tudung yang ingin dibasuh menggunakan mesin tidak terlalu kotor dengan kesan mekap atau sambal. Bukan apa kesan kotor tersebut tidak mudah ditanggalkan. Ingatan keras! Jangan sesekali basuh tudung yang mempunyai manik atau perincian nanti habis rosak. Sediakan beg khas untuk tudung-tudung anda, supaya fabrik tudung tidak mudah rosak atau merenggang.

Selamat mencuci!