Kelantan

Kelantan laksana 80 peratus BDR

Kota Bharu: Susulan kes positif Covid-19 yang meningkat di Kelantan, kerajaan negeri melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) sebanyak 80 peratus. Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad berkata, kehadiran di pejabat pula adalah dengan penggiliran kecuali bagi kakitangan di sektor perkhidmatan perlu dan pasukan barisan hadapan. Menurutnya, peraturan itu sudah berkuat kuasa sejak 25 …

Kelantan laksana 80 peratus BDR Read More »

Pantau enam lorong tikus di Gua Musang

Gua Musang: Polis membuat pemantauan lebih ketat di semua enam lorong tikus yang ditutup bagi mengelakkan orang ramai dan samseng jalanan menceroboh laluan terbabit. Ia membabitkan sekitar Kampung Tanah Puteh, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diperketatkan, ketika ini. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, laluan …

Pantau enam lorong tikus di Gua Musang Read More »

ICU penuh, penggunaan katil PKRC lebih 95 peratus di Kelantan

Kota Bharu: Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, penuh selain penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kelantan sudah melebihi 95 peratus susulan peningkatan kes kebelakangan ini. Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Azman Yakob berkata, PKRC paling besar iaitu di Universiti Sains Malaysia …

ICU penuh, penggunaan katil PKRC lebih 95 peratus di Kelantan Read More »

Kontak rapat Covid-19 wajib pakai gelang merah jambu

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mewajibkan pemakaian gelang merah jambu kepada semua kontak rapat kepada pesakit yang sah dijangkiti virus Covid-19. Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Husin berkata, pemakaian itu melibatkan semua individu yang tinggal serumah dengan mereka yang sah terkena jangkitan tersebut. “Tindakan ini diambil selepas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri …

Kontak rapat Covid-19 wajib pakai gelang merah jambu Read More »

Wang habis di ATM situasi biasa

KOTA BHARU – Masalah kesemua mesin juruwang automatik (ATM) di Kelantan yang kehabisan duit merupakan keadaan biasa dan perkara itu sudah diselesaikan. Perkara itu tular di media sosial pada Sabtu dan ramai yang mendakwa beberapa bank kehabisan wang. Seorang kakitangan sebuah bank yang enggan dikenali memberitahu, peningkatan orang awam yang mengeluarkan wang bagi tujuan membeli-belah …

Wang habis di ATM situasi biasa Read More »

Pakat cucuk vaksin belako set kito: Annuar Musa

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa merayu rakyat negeri Kelantan mengambil vaksin Covid-19 masing-masing sebagaimana yang dijadualkan. Annuar melalui rakaman video berdurasi hampir 10 minit yang dikongsi melalui laman sosial rasmi Facebook miliknya pada Rabu itu dilihat mengambil pendekatan menggunakan loghat Kelantan untuk merasa lebih dekat dengan rakyat negeri Cik Siti …

Pakat cucuk vaksin belako set kito: Annuar Musa Read More »

‘Tubik pakai mask, kelik rumah basuh tangan’

KOTA BHARU – Pelbagai cara dilakukan pihak kerajaan mahupun agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan rakyat negeri ini terus peka dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan Covid-19 yang ditetapkan, tidak kira di mana mereka berada. Antara yang dikongsikan Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin di laman sosial rasmi …

‘Tubik pakai mask, kelik rumah basuh tangan’ Read More »

Kelantan galak rakyat guna ‘personal shopper’

KOTA BHARU – Kerajaan negeri mengalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan ‘personal shopper’ atau pelbagai perkhidmatan lain yang disediakan di beberapa buah pasar raya di sekitar bandar-bandar utama di negeri ini. Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, langkah tersebut amat penting bagi mengelak daripada berlakunya kesesakan di pasar raya, selain mengurangkan …

Kelantan galak rakyat guna ‘personal shopper’ Read More »

10,000 individu ponteng janji temu vaksin di Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mendedahkan kira-kira 10,000 rakyat di negeri ini tidak hadir janji temu untuk suntikan vaksin Covid-19 pada tarikh yang ditetapkan. Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, situasi itu amat mengecewakan kerana suntikan tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mengukuhkan imunisasi melawan jangkitan Covid-19. “Lebih mengecewakan, …

10,000 individu ponteng janji temu vaksin di Kelantan Read More »

Berendam dalam kolah elak dicekup AADK

Gua Musang: Seorang penagih dadah sanggup berendam dalam kolah dipenuhi air apabila rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil, di sini, diserbu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), malam tadi. Bagaimanapun, lelaki terbabit berjaya dicekup apabila anggota AADK ternampak kepalanya yang separuh tenggelam dalam kolah berkenaan. Pengarah AADK negeri, Rohayu Ahmad berkata, sebelum itu, 10 …

Berendam dalam kolah elak dicekup AADK Read More »