Kelantan

Dua Rakan Aniaya Eda Ezrin Orang Kota Bharu – Polis Kelantan

KOTA BHARU – Polis Kelantan telah mengenal pasti dua individu yang didakwa menganiaya penyanyi wanita terkenal Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, sehingga menyebabkan beliau dan lima individu lain ditahan di Thailand. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an berasal dari Kota Bharu dan …

Dua Rakan Aniaya Eda Ezrin Orang Kota Bharu – Polis Kelantan Read More »

Sindiket Ganja Anak Doktor Tumpas, Dadah Bernilai RM299,590 Dirampas

KOTA BHARU – Polis Kelantan berjaya menumpaskan sindiket pengedaran ganja yang aktif sejak 2023 selepas menahan dua beradik tiri yang merupakan anak kepada seorang doktor di Kampung But, Ketereh, Selasa lalu. Dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 4.30 petang itu, polis turut menahan seorang wanita yang merupakan ibu kepada suspek lelaki berusia 23 tahun, …

Sindiket Ganja Anak Doktor Tumpas, Dadah Bernilai RM299,590 Dirampas Read More »

Kesenian di Kelantan Mesti Selari Dengan Syariat Islam – MB

BACHOK – Segala bentuk kesenian yang dibangunkan di Kelantan mesti selari dengan syariat Islam. Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, ketetapan dasar itu jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam mempertahankan seni yang tidak melanggar batas syarak. Menurutnya, pada 90-an, perubahan penting telah dilaksanakan dalam bidang kesenian dan pelancongan menerusi penggubalan Dasar Kesenian Kelantan …

Kesenian di Kelantan Mesti Selari Dengan Syariat Islam – MB Read More »

Kandang Lembu Jadi Transit Dadah, Pemilik Berisiko Jadi ‘Orang Tengah’

PASIR MAS — Kandang lembu di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand kini dipercayai menjadi transit sindiket dadah yang membuatkan pemilik kandang terdedah kepada risiko dijadikan sebagai ‘orang tengah’ sindiket. Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata walaupun tiada siasatan rasmi setakat ini yang membuktikan pemilik kandang terlibat secara langsung, laporan risikan mendapati ada indikasi dadah diseludup …

Kandang Lembu Jadi Transit Dadah, Pemilik Berisiko Jadi ‘Orang Tengah’ Read More »

STPM: Remaja Autistik Peroleh PNGK 4.0, Jadi Pelajar Terbaik Sekolah

MACHANG (Bernama) — Remaja autistik Alam Haikal Jansari Anuar mengejutkan ramai apabila muncul pelajar terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang pada keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini. Alam Haikal, 20, yang mengambil jurusan perniagaan memperoleh semua A dan keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam peperiksaan itu berkata dia tidak pernah menganggap autisme sebagai …

STPM: Remaja Autistik Peroleh PNGK 4.0, Jadi Pelajar Terbaik Sekolah Read More »

Kerajaan Kelantan jamin bekalan air mencukupi ketika Aidiladha

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan memberi jaminan bahawa bekalan air adalah mencukupi untuk menampung kepulangan perantau dan rakyat di negeri ini sempena sambutan Aidiladha pada Sabtu ini. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri melalui Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sentiasa membuat persediaan rapi bagi memastikan kelancaran urusan bekalan air …

Kerajaan Kelantan jamin bekalan air mencukupi ketika Aidiladha Read More »

Letupan bom di Golok: Polis nasihat elak berkunjung ke selatan Thailand

KOTA BHARU – Polis Kelantan menasihatkan penduduk di negeri ini yang tidak mempunyai urusan penting supaya mengelakkan diri daripada berkunjung ke selatan Thailand buat sementara waktu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ia susulan insiden letupan bom dan berbalas-balas tembakan yang berlaku di Pekan Golok, Thailand pada malam Sabtu. “Saya tidak boleh halang …

Letupan bom di Golok: Polis nasihat elak berkunjung ke selatan Thailand Read More »

PGA Gagalkan Cubaan Seludup Hampir 88,000 Kelapa Di Tumpat

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lepas. Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan hari ini berkata, lima lelaki tempatan berumur 26 hingga 43 tahun …

PGA Gagalkan Cubaan Seludup Hampir 88,000 Kelapa Di Tumpat Read More »

Dua Lelaki Gagal Seludup Lebih 900 Liter Petrol Ke Thailand

TUMPAT – Cubaan dua lelaki menyeludup lebih 900 liter petrol bernilai RM3,029.50 ke Thailand gagal selepas kereta dinaiki mereka ditahan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di Chabang Empat di sini pada Isnin. Tangkapan dan rampasan itu dilakukan pada jam 6 petang selepas PGA mengesan sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan menerusi …

Dua Lelaki Gagal Seludup Lebih 900 Liter Petrol Ke Thailand Read More »