Kelantan

35 kenderaan ke arah Kelantan diminta berpatah balik

Penggunaan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang tidak berkaitan, tiada surat kebenaran polis dan tarikh vaksinasi berbeza menyebabkan 35 kenderaan diarah berpatah balik ketika melalui dua sekatan jalan raya (SJR) di Gerik dekat sini. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sehingga 4 petang hari ini sebanyak 19 kenderaan diarahkan berpatah balik …

35 kenderaan ke arah Kelantan diminta berpatah balik Read More »

Juadah istimewa Aidiladha belalang goreng kerutuk, kunyit

PASIR PUTEH: Menjelang Aidiladha tidak lama lagi, makanan eksotik, belalang liar menjadi pilihan penduduk di negeri ini sebagai juadah di pagi hari raya, sama ada dimasak kerutuk atau goreng kunyit. Bagi penggemarnya, belalang dikatakan enak dimakan bersama ketupat palas atau ketupat nasi. Pengusaha belalang kerutuk, Roslina Mohd. Othman, 41, dari Kampung Bukit Telipot, berkata, dia …

Juadah istimewa Aidiladha belalang goreng kerutuk, kunyit Read More »

9,571 premis di Kelantan dikecualikan sewa dua bulan

Kota Bharu: Bagi meringankan beban peniaga kecil yang terkesan dengan Covid-19, kerajaan negeri Kelantan bersetuju memberi pengecualian bayaran sewa selama dua bulan kepada 9,571 premis. Pengecualian itu diberikan kepada premis disewa milik kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pengecualian itu membabitkan peruntukan RM3.29 juta yang diberikan kepada peniaga …

9,571 premis di Kelantan dikecualikan sewa dua bulan Read More »

Kenderaan masuk Kelantan dari arah utara bertambah

Kota Bharu: Kemasukan kenderaan di Kelantan dari arah utara menerusi Jalan Gerik- Jeli bertambah lima peratus sejak semalam. Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, pertambahan kenderaan masuk ke negeri ini dari arah utara iaitu Perak, Kedah dan Perlis. Katanya, kenderaan di pintu masuk di sekatan jalan raya (SJR) Gua Musang …

Kenderaan masuk Kelantan dari arah utara bertambah Read More »

Belum ada exco dipanggil SPRM – TMB

Kota Bharu: Belum ada anggota exco kerajaan negeri dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB). Bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beberapa Ahli Lembaga Pengarah AKSB sudah dipanggil untuk diambil keterangan. “Apa yang saya difahamkan, isu …

Belum ada exco dipanggil SPRM – TMB Read More »

JKNK hantar kakitangan bantu enam negeri terjejas Covid-19

Tanah Merah: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menghantar 532 kakitangannya merangkumi pelbagai perjawatan ke enam negeri yang masih mengalami peningkatan kes Covid-19. Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, penghantaran itu dibuat bermula 7 Julai lalu dan 40 lagi kakitangan akan dihantar termasuk tiga ambulans, esok. “Penghantaran itu dibuat ke Sarawak, Kuala Lumpur, Sabah, …

JKNK hantar kakitangan bantu enam negeri terjejas Covid-19 Read More »

JPJ kesan peningkatan pemandu lori bawa muatan berbahaya

Kota Bharu: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengesan pemandu lori melakukan kesalahan membawa muatan berbahaya dan lebih semata-mata untuk mengejar perjalanan. Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, ia antara kesalahan yang dikenal pasti dilakukan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Katanya, pihaknya mendapati sebanyak 3,814 kesalahan membawa muatan berbahaya dan lebih dalam tempoh Januari …

JPJ kesan peningkatan pemandu lori bawa muatan berbahaya Read More »

JBPM Kelantan sedia bas untuk program vaksinasi

Tanah Merah: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menyediakan tiga bas untuk membawa orang ramai terutama dari kawasan pedalaman bagi mendapatkan suntikan vaksinasi. Pengarahnya Jainal @ Zainal Madasin berkata, seramai 13 pegawai dan anggotanya ditempatkan untuk penugasan sempena Program Mobile Vaksinasi Covid-19 yang dijalankan di mana-mana program outreach di negeri ini. “Kami ada tiga …

JBPM Kelantan sedia bas untuk program vaksinasi Read More »

Pensyarah lemas, kenderaan jatuh ke sungai

Pasir Mas: Seorang pensyarah Institut Pendidikan Guru Pengkalan Chepa ditemukan lemas apabila kenderaan yang dipandu terbabas jatuh ke dalam sungai di jambatan Kampung Paloh, Chicha Tinggi, di sini, semalam. Mangsa, Abdullah Derahman, 56, yang berasal dari Pasir Tumboh, Kota Bharu, memandu Ford Ranger sebelum kenderaan itu dipercayai terbabas. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner …

Pensyarah lemas, kenderaan jatuh ke sungai Read More »

Berkarya dengan kek

Kota Bharu: Minat mendalam terhadap seni lukisan sejak kecil mendorong seorang wanita menggunakan kreativitinya dengan menjadikan kek sebagai ‘kanvas’ lukisannya. Aftisa Ahmad Fahmy, 49, berkata bakat melukis itu diwarisi oleh arwah bapanya, Ahmad Fahmy Hamid yang secara tidak langsung membantunya menjana pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Katanya, sejak Ogos tahun lalu sehingga kini, dia …

Berkarya dengan kek Read More »