Pahang

Peniaga Di Kuantan Kini Boleh Berniaga Di Mana-Mana Lokasi Yang Sesuai

Peniaga di Kuantan, Pahang kini dibolehkan untuk berniaga di mana-mana lokasi yang sesuai, seperti yang dimaklumkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Ia bagi membantu masyarakat terutamanya golongan B40 yang sedang menghadapi tekanan kewangan akibat pandemik COVID-19. Kebenaran berniaga itu diberikan dengan syarat lokasi perniagaan sesuai dan tidak menghalang lalu lintas, tidak menimbulkan gangguan kepada penduduk selain kebersihan sentiasa …

Peniaga Di Kuantan Kini Boleh Berniaga Di Mana-Mana Lokasi Yang Sesuai Read More »

Orang Ramai Dilarang Hampiri Kawasan Gua Tekong

Orang ramai diminta tidak menghampiri kawasan Gua Tekong berhampiran Kampung Kubang Rusa di Lipis, Pahang berikutan insiden runtuhan bongkah batu gua terbabit pada Jumaat lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, tindakan itu bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku walaupun kejadian tersebut tidak membabitkan sebarang kecederaan ataupun nyawa. …

Orang Ramai Dilarang Hampiri Kawasan Gua Tekong Read More »

Penoreh Getah Palsukan Surat Guna Nama Agong Ditahan

Seorang penoreh getah ditahan berhubung kes pemalsuan surat menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi urusan pembalakan dan perlombongan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek berusia 51 tahun berasal dari Sik, Kedah itu ditahan di pekarangan Balai Polis Gurun, Kedah. Menurutnya, penahanan suspek …

Penoreh Getah Palsukan Surat Guna Nama Agong Ditahan Read More »

Pahang Terus Ambil Langkah Pre-Emptive Bagi Bendung Penularan Covid-19

Kerajaan Pahang terus mengambil langkah pre-emptive bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19 meskipun negeri ini tidak tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa semalam. Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, antaranya ialah langkah-langkah kawalan oleh pasukan keselamatan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan meningkatkan sekatan jalan …

Pahang Terus Ambil Langkah Pre-Emptive Bagi Bendung Penularan Covid-19 Read More »

Pahang Kumpul Data Pesakit Kanser Payudara

Kerajaan Pahang kini mengambil inisiatif mengumpul data pesakit kanser payudara bagi menghulurkan bantuan sewajarnya dalam usaha meringankan beban golongan itu. Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, ia juga sebagai tanda sokongan moral kepada kaum hawa di negeri itu yang terpaksa berdepan dengan penyakit dianggap pembunuh senyap. …

Pahang Kumpul Data Pesakit Kanser Payudara Read More »

Pahang Ambil Langkah Wartakan Tasik Chini Sebagai Taman Negeri

Kerajaan Negeri Pahang akan mengambil langkah untuk mewartakan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, Tasik Chini di Pekan sebagai sebuah taman negeri yang baharu dan kawasan hutan simpan bagi menjadikannya sebagai destinasi pelancongan dan rekreasi pilihan pelancong termasuk dari luar negara. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang Datuk Seri Mohd …

Pahang Ambil Langkah Wartakan Tasik Chini Sebagai Taman Negeri Read More »

Kerajaan Pahang Pertimbang Longgar Masa Operasi Peniaga Kecil

Kerajaan Pahang akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran masa beroperasi kepada para peniaga kecil di negeri ini berikutan pandemik COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd. Rahim Muda berkata, perkara ini akan dibawa kepada pihak Kerajaan Negeri dahulu untuk diputuskan. “Ada peniaga yang meminta waktu perniagaan dilanjutkan sampai pukul 12 tengah …

Kerajaan Pahang Pertimbang Longgar Masa Operasi Peniaga Kecil Read More »

Ucyp Universiti Pertama Anjur Konvokesyen Secara Virtual

Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP) merupakan universiti pertama yang mengadakan majlis konvokesyen secara virtual apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 di negara ini. Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad Haji Zainuddin berkata, upacara konvokesyen virtual tersebut disempurnakan bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka …

Ucyp Universiti Pertama Anjur Konvokesyen Secara Virtual Read More »

Kerajaan Pahang Sedia Sop Khas Di Pusat Pemindahan Bagi Hadapi Bencana Banjir

Kerajaan Pahang menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) khas di semua 600 pusat pemindahan di seluruh Pahang bagi menghadapi bencana banjir.  Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama beberapa agensi terlibat seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan Bomba dan …

Kerajaan Pahang Sedia Sop Khas Di Pusat Pemindahan Bagi Hadapi Bencana Banjir Read More »

JPNP arah henti kerja pembinaan jalan di Hutan Lentang sehingga Sungai Kenoi bersih

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah mengarahkan syarikat pelesen pembalakan di kawasan Hutan Lentang, Bentong kira-kira 173 kilometer dari Kuantan, membersihkan sisa penolakan jalan yang menjejaskan Sungai Kenoi di lokasi itu. Pengarahnya Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata JPNP turut mengarahkan kerja-kerja pembersihan bagi pembinaan jalan keluar di kawasan lesen pembalakan itu dihentikan serta merta …

JPNP arah henti kerja pembinaan jalan di Hutan Lentang sehingga Sungai Kenoi bersih Read More »