SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Peniaga Di Kuantan Kini Boleh Berniaga Di Mana-Mana Lokasi Yang Sesuai

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Peniaga di Kuantan, Pahang kini dibolehkan untuk berniaga di mana-mana lokasi yang sesuai, seperti yang dimaklumkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Ia bagi membantu masyarakat terutamanya golongan B40 yang sedang menghadapi tekanan kewangan akibat pandemik COVID-19.

Kebenaran berniaga itu diberikan dengan syarat lokasi perniagaan sesuai dan tidak menghalang lalu lintas, tidak menimbulkan gangguan kepada penduduk selain kebersihan sentiasa dijaga.

Menurut Yang Dipertua MPK, Datuk Hamdan Hussin, pihaknya telah mengeluarkan 1,210 permit harian yang memberi kemudahan kepada 103 peniaga sejak Julai 2020 lalu.

“Mereka kehilangan pendapatan harian, terpaksa menyara kehidupan dalam keadaan susah. Melihatkan kepada perkara ini, kami mempermudahkan supaya mereka terus dapat menyara keluarga, menjana pendapatan, mencari pendapatan harian. Jadi apabila kami melaksanankan pendekatan ini, golongan yang terjejas disebabkan pandemik, yang kehilangan pendapatan sebab COVID-19, mereka dapat kembali berniaga dengan lebih mudah.

“Ini, selain dapat memulihkan ekonomi pendapatan mereka, kuasa membeli mereka juga semakin baik”

Kaedah ini ternyata sangat berkesan dalam membantu masyarakat mencari sumber pendapatan tanpa perlu berasa takut dikenakan saman. – Awani

Terkini | Popular