Pahang

COVID-19: Kerajaan Pahang hilang RM20 bilion ekoran sektor pelancongan ditutup

KUALA TAHAN: Kerajaan Pahang kehilangan hampir 20 billion nilai ekonomi dari pendapatan sektor pelancongan ekoran sektor tersebut ditutup akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan itu beberapa langkah berkaitan telah diambil bagi membolehkan sektor pelancongan dibuka semula antaranya mempersiapkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih khusus yang perlu dipatuhi oleh pengunjung. Menurut Exco …

COVID-19: Kerajaan Pahang hilang RM20 bilion ekoran sektor pelancongan ditutup Read More »

Jangan salah guna lambang negeri Pahang

KUANTAN – Kerajaan Pahang memberi amaran kepada mana-mana individu supaya tidak menyalahgunakan lambang negeri atau Jata Kerajaan Pahang sewenang-wenangnya. Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, aktiviti penyalahgunaan lambang kerajaan Pahang perlu dihentikan segera. “Perbuatan ini perlu dihentikan serta-merta oleh semua pihak tidak berkaitan mengikut enakmen seperti Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah …

Jangan salah guna lambang negeri Pahang Read More »

Bina parit elak Hutan Simpan Kekal Batu Talam diceroboh semula

Raub: Tujuh parit dibina bagi menghalang kejadian menceroboh Hutan Simpan Kekal Batu Talam, di sini tidak berulang pada masa akan datang. Pegawai Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub, Shahril Mohamad berkata, dua parit dibina bagi memutuskan laluan utama masuk ke kawasan terbabit dan lima lagi di beberapa tempat dalam kawasan bekas kebun durian Musang King yang …

Bina parit elak Hutan Simpan Kekal Batu Talam diceroboh semula Read More »

Rugi RM3,230 beli kucing melalui Instagram

Kuantan: Seorang pekerja swasta membuat laporan polis mendakwa diperdayakan dalam pembelian dua ekor kucing menerusi laman sosial Instagram hingga kerugian RM3,230 semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berusia 24 tahun itu mendakwa bayaran dibuat bagi membeli kucing baka British Shorthair dan British Longhair, masing-masing diiklankan pada harga …

Rugi RM3,230 beli kucing melalui Instagram Read More »

400kg ikan patin licin dalam dua jam

JERANTUT – Kira-kira 400 kilogram (kg) ikan patin licin dalam tempoh dua jam selepas diagihkan kepada penduduk di Kampung Ulu Cheka dan Perlok di sini pada Sabtu. Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Ulu Cheka bermula jam 10.30 pagi. Ahli Dewan Undangan Negeri …

400kg ikan patin licin dalam dua jam Read More »

Sikap membisu tidak membantu – BN Pahang

Kuantan: Barisan Nasional (BN) Pahang menjunjung titah atas penzahiran perasaan amat dukacita Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan pembatalan Ordinan Darurat. Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehubungan itu BN Pahang menuntut supaya Kerajaan Pusat mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan yang sangat nyata ini. “Sikap membisu sehingga …

Sikap membisu tidak membantu – BN Pahang Read More »

Penangguhan sidang Parlimen berdasarkan sains, fakta kesihatan – TPM

Bera: Penangguhan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat yang sepatutnya bersambung esok dibuat berdasarkan sains dan fakta kesihatan, bukan isu politik, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri berkata, ia dibuat atas nasihat Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah selepas penilaian risiko berikutan peningkatan kes Covid-19 …

Penangguhan sidang Parlimen berdasarkan sains, fakta kesihatan – TPM Read More »

Dua lelaki ditahan miliki senapang buatan sendiri

Kuantan: Dua lelaki ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama senapang buatan sendiri yang dipercayai digunakan untuk memburu di Sungai Berakit dalam Hutan Simpan Berkelah, di sini semalam. Pengarah Perhilitan Pahang, Rozidan Md Yasin berkata, ketika ditahan pihaknya turut menyita kenderaan pacuan empat roda, 10 peluru pistol, 12 peluru penabur pelbagai jenis, …

Dua lelaki ditahan miliki senapang buatan sendiri Read More »

Pahang lantik 11 katerer untuk PKRC, pusat kuarantin

Kuantan: Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang melantik 11 katerer untuk menyediakan makanan di empat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan enam pusat kuarantin di negeri ini. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, kemudahan sama turut disediakan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk keselesaan petugas. Menurutnya, setiap …

Pahang lantik 11 katerer untuk PKRC, pusat kuarantin Read More »

Gajah jantan ceroboh kampung ditangkap

Temerloh: Seekor gajah jantan yang dipercayai memusnahkan tanaman penduduk di Kampung Karak Setia, di sini, akhirnya berjaya ditangkap, kelmarin. Tangkapan dilakukan Unit Tangkapan Gajah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang selepas menerima aduan daripada penduduk terbabit. Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, pihaknya yang melakukan tinjauan …

Gajah jantan ceroboh kampung ditangkap Read More »