Pahang

Warga emas pakai gelang kuarantin ingkar SOP dikompaun

Raub: Dua warga emas antara tiga lelaki dikompaun selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, tiga individu yang dikompaun itu masing-masing berusia 73, 69 dan 52 tahun. Menurutnya, kompaun itu dikeluarkan hasil operasi penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) PKPD di daerah …

Warga emas pakai gelang kuarantin ingkar SOP dikompaun Read More »

Penganggur didakwa bunuh ibu kandung

Maran: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya, minggu lalu. Tertuduh, Mohd Fairul Ahmadiah, 39, dari Chenor, di sini, mengangguk faham terhadap pertuduhan ketika dibacakan di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, lelaki …

Penganggur didakwa bunuh ibu kandung Read More »

Tanggal gelang pink, warga emas dikompaun RM5,000

Raub: Kedegilan warga emas yang menanggalkan gelang merah jambu untuk ke klinik membawa padah apabila dia dikompaun RM 5,000 semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, wanita berusia 72 tahun yang tinggal di Kampung Sungai Ruan yang sedang dikuarantin menanggalkan gelang warna merah jambu untuk ke klinik bagi mengambil ubat. “Maklumat itu …

Tanggal gelang pink, warga emas dikompaun RM5,000 Read More »

Remaja 16 tahun ditahan edar dadah

Jerantut: Seorang remaja berusia 16 tahun antara sembilan lelaki ditahan polis dalam empat serbuan berasingan kerana dipercayai terbabit mengedar dadah di kawasan Felda sekitar Jerantut, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Azman Mat Khamis berkata, kegiatan mengedar dan menagih dadah semakin berleluasa di kawasan Felda dan empat serbuan itu dilakukan di Felda Sungai …

Remaja 16 tahun ditahan edar dadah Read More »

25 minit tangkap ular sawa gergasi

Kuantan: Kemunculan seekor ular sawa batik seberat 150 kilogram sepanjang kira-kira enam meter mengejutkan pekerja tapak solar di Kuala Pahang. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pekan, Kapten (PA) Azam Shah Apearal berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.20 pagi. Katanya, seramai enam anggota APM bergegas ke tempat kejadian dalam operasi menangkap reptilia terbabit. “Ketika tiba …

25 minit tangkap ular sawa gergasi Read More »

Kereta tak dapat, wang lesap

Kuantan: Hasrat seorang pemandu lori membeli Honda City terpakai dengan harga murah tidak kesampaian malah kerugian RM14,850 selepas diperdaya penjualan kereta tidak wujud di Facebook. Mangsa berusia 56 tahun berminat membeli kenderaan itu selepas dimaklumkan rakannya mengenai penjualan Honda City berharga RM9,200 pada Januari lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd …

Kereta tak dapat, wang lesap Read More »

Pahang cadang PKP jika kes meningkat

Kuantan: Kerajaan negeri bercadang mengenakan peraturan lebih ketat termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti di Mukim Gali dan Tras, Raub jika peningkatan kes wabak Covid-19 gagal dikawal. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu perlu dilaksanakan berikutan peningkatan kes sepanjang tempoh dua minggu kebelakangan ini. Katanya, sebanyak 354 kes aktif dengan …

Pahang cadang PKP jika kes meningkat Read More »

156 penunggang motosikal kena saman

Kuantan: Lebih 200 saman dikeluarkan kepada 156 penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan dilakukan mereka dalam satu operasi khas yang dijalankan di Tanjung Lumpur, pada Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuantan melakukan pemeriksaan terhadap kumpulan itu …

156 penunggang motosikal kena saman Read More »

Tengku Hassanal bayar zakat fitrah

Kuantan: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah berkenan menunaikan zakat fitrah di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1. Baginda membayar zakat fitrah berkenaan selepas menunaikan Solat Jumaat kepada amil, Mohd Saiful Bahari yang berada di pekarangan masjid berkenaan. Baginda turut menyeru dan mengajak semua rakyat Pahang yang beragama Islam agar bersegera …

Tengku Hassanal bayar zakat fitrah Read More »

Murid lebih mudah faham

Kuantan: Penularan wabak pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap kehidupan seharian dan tidak terkecuali membabitkan institusi pendidikan. Keputusan kerajaan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Ini kerana mereka lebih selesa mengadakan sesi pembelajaran secara bersemuka yang dilihat lebih berkesan berbanding PdPR. Bagi Guru Besar Sekolah Tunku Azizah, di sini …

Murid lebih mudah faham Read More »