Terengganu

Terengganu Naikkan Kadar Bantuan Sekali Bayaran Golongan OKU

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri bersetuju menaikkan kadar bantuan sekali bayaran kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sebanyak RM200, berbanding hanya RM150 tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, berkata bantuan sekali bayaran kepada 33,301 OKU yang berdaftar di seluruh negeri itu akan dibayar selewat-lewatnya selepas sambutan Aidilfitri, …

Terengganu Naikkan Kadar Bantuan Sekali Bayaran Golongan OKU Read More »

Kerajaan Terengganu Sedia Bincang Dengan Penerbit Filem Pulau

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu sedia bertemu dengan penerbit filem Pulau, Fred Chong bagi membincangkan mengenai isu pengharaman naskah kontroversi tersebut di pawagam di negeri ini. Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya akan memberikan ruang kepada pihak berkaitan mengemukakan hujah atau justifikasi berkenaan filem itu bagi membolehkan pertimbangan atau kajian berkaitan …

Kerajaan Terengganu Sedia Bincang Dengan Penerbit Filem Pulau Read More »

Terengganu Taja ‘Bulan Madu Kedua’ Bantu Pasangan Bermasalah

MARANG: Kerajaan Terengganu terus komited membantu pasangan suami isteri bermasalah dengan menganjurkan program Bulan Madu Kali Kedua membabitkan 40 pasangan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, berkata kejayaan menyelamatkan lebih 60 peratus rumah tangga pasangan yang menyertai program itu sebelum ini, mendorong pihaknya meneruskan penganjuran yang akan diadakan tidak …

Terengganu Taja ‘Bulan Madu Kedua’ Bantu Pasangan Bermasalah Read More »

Tapir Jantan Sesat Masuk Bandar

DUNGUN – Gelagat seekor tapir jantan dianggarkan seberat 250 kilogram yang tersesat di beberapa kawasan termasuk sekitar bandar dan perumahan di sini menarik perhatian penduduk setempat. Rakaman video tapir berkenaan yang hilang arah selepas tersesat mula tular di media sosial sejak Rabu sebelum ia berjaya ditangkap di Kampung Kubang Miang, di sini. Menurut Ahli Dewan …

Tapir Jantan Sesat Masuk Bandar Read More »

26 Buah Sekolah, Orang Asli Terima Sumbangan Komputer Theta Edge

KUALA TERENGGANU  – Theta Edge Berhad (Theta Edge) hari ini menyampaikan sumbangan 65 unit komputer kepada sekolah dan komuniti Orang Asli di negeri ini menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #thetaCares. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Theta Edge, Nuraslina Zainal Abidin berkata, Terengganu adalah negeri pertama yang menerima sumbangan itu pada tahun ini. “Hari ini, kita agihkan …

26 Buah Sekolah, Orang Asli Terima Sumbangan Komputer Theta Edge Read More »

Jambatan Angkat Dinyalakan Lampu Warna Merah Tanda Solidariti Mangsa Gempa Bumi

KUALA TERENGGANU: Prihatin dengan kesedihan masyarakat antarabangsa berikutan gempa bumi melanda Turkiye dan Syria, pihak pengurusan Jambatan Angkat Kuala Terengganu mengambil inisiatif menyalakan lampu berwarna merah di jambatan itu sebagai tanda solidariti buat mangsa tragedi tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties Sdn. Bhd., Khalizan Mahmud berkata, jambatan mercu tanda ikonik Terengganu itu dinyalakan berwarna merah …

Jambatan Angkat Dinyalakan Lampu Warna Merah Tanda Solidariti Mangsa Gempa Bumi Read More »

Sakiko Jatuh Cinta Dengan Malaysia

KUALA TERENGGANU: Demi mendapatkan ilham dalam menyiapkan sesebuah lukisan, seorang wanita warga Jepun, sanggup terbang ribuan kilometer ke pelbagai negara. Terkini, Sakiko Takama, 31, menetap sementara di Johor Bahru, Johor dan menjadikan Malaysia sebagai sumber ilham buatnya untuk berkarya. Katanya, Malaysia disifatkannya mempunyai pelbagai keunikan yang boleh diadaptasi di lembaran kanvas sebagai lukisan abstrak. Sakiko …

Sakiko Jatuh Cinta Dengan Malaysia Read More »

Penyelia Pembalakan Cedera Diserang Beruang Matahari

BANDAR PERMAISURI – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila diterkam seekor beruang matahari di Kampung Tok Dor, Ajil dekat Hulu Terengganu, pada Rabu lepas. Mohd Syukri Zakaria, 39, yang bekerja sebagai penyelia pembalakan berkata, dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu beliau sedang melakukan persiapan untuk memulakan kerja membaiki paip air bersama seorang rakan, sebelum terdengar …

Penyelia Pembalakan Cedera Diserang Beruang Matahari Read More »