COVID-19 : Besut Jadi Daerah Terbaharu Zon Merah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Besut menjadi daerah terbaharu diisytiharkan Zon Merah, selepas mencatat 44 kes positif COVID-19.

Ini menjadikan angka keseluruhan zon merah di Terengganu sebanyak tiga mengikut statistik Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga 12 tengahari, 16 Januari.

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri dalam laman facebook rasminya, Terengganu telah merekodkan pertambahan 20 kes sembuh, 80 kes baru menjadikan terdapat 389 kes aktif  dengan jumlah keseluruhan sebanyak 833 kes.

Katanya, 388 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 di Hospital Hulu Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Hospital Setiu, PKRC Marang dan PKRC ILKKM Kuala Terengganu.

“Manakala, satu (1) kes menerima rawatan di ICU HSNZ dan diberikan alat bantuan pernafasan.

“Oleh kerana negeri Terengganu mula merekodkan kes-kes penularan tempatan yang tinggi, orang ramai diminta untuk sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan diri dan keluarga daripada dijangkiti. 

“Untuk memastikan keadaan pandemik COVID-19 di Negeri Terengganu terkawal semua penduduk diingatkan supaya sentiasa mengamalkan Standard Operating Procedure (SOP) yang ketat,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, Terengganu turut mencatatkan 41 zon aktif iaitu 38 Zon Kuning di mukim-mukim dalam negeri ini.

“Ia seperti berikut iaitu Mukim Telok Kalong (5 kes), mukim Kijal (1 kes), mukim Chukai (6 kes), mukim Kerteh (5 kes), mukim Kemasek (1 kes), mukim Kuala Dungun (2 kes), mukim Abang (12 kes), mukim Sura (12 kes), mukim Paka (2 kes), mukim Hulu Paka (1 kes).

“Mukim Bandar (14 kes), mukim Bukit Besar (5 kes), mukim Kubang Parit (1 kes), mukim Kuala Ibai (6 kes), mukim Chendering (1 kes), mukim Chabang Tiga (4 kes), mukim Manir (2 kes), mukim Pengadang Buloh (1 kes), Mukim Bukit Kenak (4 kes), mukim Kerandang (14 kes), mukim Pelagat (1 kes), mukim Kg. Raja (3 kes), mukim Lubuk Kawah (10 kes), mukim Keluang (2 kes), mukim Jabi (8 kes).

“Selain itu, Mukim Kubang Bemban (2), mukim Mengabang Telipot (8  kes), mukim Tepoh (3 kes), mukim Wakaf Tembesu (2 kes), mukim Bukit Tunggal (4 kes), mukim Bukit Payong (1 kes), mukim Alor Limbat (1 kes), mukim Rusila (7 kes), mukim Jerong (3 kes), mukim Pulau Kerengga (1 kes), Hulu Nerus (1 kes), Hulu Setiu (4 kes) dan Chalok (6 kes), dua Zon Jingga iaitu mukim Rasau (24 kes), mukim Jerangau (29 kes) dan satu Zon Merah iaitu mukim Serada (159 kes),” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: TRDI News