Denda Sehingga RM1,200 Bakal Dikenakan Sekiranya Kehilangan Pasport.

Facebook
Twitter
Google+

Sekiranya sebelum ini para pengguna yang kehilangan pasport tidak dikenakan sebarang penalti, kini tidak lagi. Menerusi undang-undang yang dikuatkuasakan bermula 2 Januari lalu, Rakyat Malaysia yang kehilangan pasport bakal dikenakan denda dengan jumlah yang ditetapkan.

Perintah yang dibuat dan disahkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Bakar melalui laman web rasmi Pejabat Peguam Negara ini menyatakan Rakyat Malaysia yang kehilangan pasport buat pertama kali bakal dikenakan denda bermula dengan RM400.

Denda yang dikenakan ini akan terus meningkat dimana denda akan dikenakan sebanyak RM700 buat kali kedua serta RM1,200 buat kali ketiga. Buat kanak-kanak berusia 12 tahun dan kebawah serta para pelajar berusia 21 tahun dan keatas yang melanjutkan pelajaran diluar negara pula bakal didenda dengan kompaun yang lebih rendah bermula daripada RM300 sehingga RM1,100.

Buat anda yang kerap travel atau menggunakan pasport, diharap anda supaya lebih berhati-hati dengan pasport anda untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diinginkan sekaligus akan disabit kesalahan dan didenda.

Sumber: Vocket

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008