Harga roti, minyak meningkat dengan mendadak di Syria

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Warga Syria membeli roti di bandar Binnish di wilayah Idlib barat laut negara itu pada 9 Jun 2020 [OMAR HAJ KADOUR / AFP melalui Getty Images]

Pihak berkuasa Syria telah mengumumkan kenaikan harga roti dan bahan bakar secara mendadak, sebagai usaha bagi mengatasi krisis ekonomi yang telah mencengkam negara itu selama beberapa tahun terakhir.

Menurut Agensi Berita Arab Syria (SANA), pihak rejim Syria telah menaikkan sekali ganda harga roti dan tiga kali ganda harga diesel daripada harga biasa di semua wilayah kawalan mereka.

Dalam senarai harga yang diterbitkan oleh SANA, satu liter minyak diesel kini berharga 500 paun Syria ($0.40) berbanding dengan £180 ($ 0.14) yang dibayar oleh pelanggan sebelum ini.

Menurut Yayasan Pembuatan Roti Syria, harga roti yang disubsidi oleh pihak berkuasa telah meningkat dua kali ganda sebanyak 200 paun ($ 0.16) kerana ia didorong oleh faktor kenaikan harga minyak.

Faktor seperti perang saudara yang masih lagi berlaku, sekatan antarabangsa terhadap rejim Bashar Al-Assad, korupsi yang berleluasa serta krisis ekonomi dan politik telah menyebabkan Syria mengalami masalah kewangan yang rumit dalam beberapa tahun terakhir ini.

Semasa permulaan konflik Syria pada tahun 2011, satu dolar AS adalah bersamaan nilainya dengan 50 paun Syria, tetapi kini satu dolar AS bersamaan dengan 1,257 paun Syria.

Bukan itu sahaja, stok minyak dan gandum yang penting untuk pembuatan roti yang telah pun berkurangan, diperburukkan lagi dengan musim kemarau yang melanda negara ini selama setahun terakhir.

Pada hari yang sama dengan kenaikan harga roti dan minyak, pihak berkuasa turut mengumumkan kenaikan gaji para pekerja sektor awam sebanyak 50 peratus. Kenaikan gaji dari 47,000 pound Syria ($18) sebulan menjadi 71,515 pound ($ 28) pound. Nilai pencen bagi pekerja di sektor awam dan tentera juga meningkat sebanyak 40 peratus.

Sumber : MEMO