JDT Ikat Kemas Arif Aiman

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KELAB Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan telah melanjutkan kontrak bintang muda sensasi, Arif Aiman Hanapi.

JDT dalam satu hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers berkata, ia selepas pemain berusia 21 tahun itu tampil dengan kualiti mengagumkan sepanjang musim ini.

“JDT dan Arif Aiman Hanapi telah melanjutkan kontrak selepas musim 2023 yang mengagumkan di mana pemain muda itu menjaringkan 24 gol dan melakukan 19 bantuan jaringan,” kata JDT dalam hantaran itu.

Arif Aiman yang memulakan karier bersama Akademi JDT pada 2018 telah melakukan penampilan pertama dengan skuad Harimau Selatan pada Mac 2020.

Dia dinaikkan pangkat daripada JDT IV, JDT III dan JDT II hingga ke skuad senior hanya dalam tempoh kurang dua tahun selain memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai musim 2021 dan 2022.

Selain cukup tajam bersama Harimau Selatan, Arif Aiman juga tampil cemerlang apabila meledak enam gol bersama pasukan kebangsaan.

– SINAR HARIAN