Karnival Beautiful Terengganu 2022 Sasar Kehadiran Lebih 200 Ribu Pengunjung

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Karnival Beautiful Terengganu 2022 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri bermula dari 17 Mac hingga 19 Mac bertempat di Pulau Poh, Tasik Kenyir sasar lebih 200 ribu pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, penganjuran karnival tersebut merupakan usaha kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri untuk merancakkan kembali sektor pelancongan domestik.

Tambahnya lagi, ia juga merupakan platform bagi menghimpunkan kepebagaian produk pelancongan yang terdapat di seluruh dearah Terengganu, yang akan dipaparkan secara langsung kepada pengunjung.

Pelbagai acara menarik menanti pengunjung antaranya  acara utama pada malam perasmian iaitu18 Mac, pertunjukan Kenyir Aqua Light and Sound, pertunjukan ukiran laser Tasik Kenyir, pancutan air berirama dan pelbagai lagi”.

“Selain itu, persembahan kebudayaan, pertandingan memasak ikan baung, pertandingan houseboat dan speedboat berhias, pakej Kenyir Trail, permainan sukan rakyat, persembahan kebudayaan dan banyak lagi”.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran program Karnival Beautiful Terengganu 2022 di Bilik Mesyuarat Jabatan Pelancongan Negeri, hari ini.

Beliau juga berharap penganjuran karnival ini sekaligus bakal menonjolkan lagi Tasik Kenyir sebagai destinasi eko pelancongan yang terunggul bukan sahaja di Terengganu, tetapi juga di peringkat nasional,

Selain itu ia turutdapat menyumbang kepada peningkatan taraf sosio-ekonomi rakyat negeri melalui impak aktiviti rantaian dari sektor pelancongan, kesenian dan kebudayaan”. Ujarnya.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM