“KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA’ Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkapPengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa hari ini memperkenalkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 dalam majlis pelancaran di Angkasapuri.

Pemilihan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 laitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ adalah selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

‘Keluarga Malaysia’ merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran manakala frasa ‘Teguh Bersama’ mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan.

Pemilihan logo tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan Internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan khususnya dalam usaha menjayakan MyDIGITAL dan seterusnya melengkapkan pelaksanaan program di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang memanfaatkan seluruh Keluarga Malaysia.

Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, tiga aktiviti utama akan diadakan iaitu Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 30 Julai di Putrajaya, Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka.

Di samping itu, pelbagai program dan pertandingan berunsur kenegaraan telah disusun agar terus memupuk serta menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan Keluarga Malaysia antaranya Pertandingan ILHAM Merdeka

Tik Tok Challenge, Pertandingan KLIK@Merdeka, Pertandingan Bintang Smule, Pertandingan Bintang Patriotik, Pertandingan Mewarna Melukis MYDOODLE@Merdeka, Program Pengisahan Kenegaraan, Sayembara Sajak Merdeka dan banyak lagi yang akan bermula pada 30 Julai 2022 hingga 16 September 2022.

Selain itu antara progam yang paling menarik bagi beri menyemarakkan semangat patriotisme ialah program Kembara Keluarga Malaysia 2022 (KKM2022) yang bermula pada 30 Julai 2022 di Putrajaya, iaitu semasa Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 dengan Bulan Kebangsaan membawa Baton Jalur ke seluruh negara dan diserahkan di setiap sempadan negeri.

Acara pelepasan kembara Perdana Keluarga Malaysia 2022 akan dilakukan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan kembara ini akan berakhir 31 Ogos 2022 (Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala L umpur yang menjadi lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2022).

Simbolik KKM2022 adalah berbentuk peranvan Baton Jalur Gemilang yang dibawa dan diserahkan di setiap lokasi utama (checkpoint) negeri-negeri seluruh Malaysia.

Konvoi ini akan menjelajah ke seluruh negara melalui perjalanan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan Penganjuran program pada tahun ini melibatkan penyertaan kenderaan daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kelab permotoran dari pelbagai latar belakang. Kembara ini akan turut menonjolkan keunikan di setiap hentian bagi mengetengahkan keunikan Keluarga Malaysia di setiap lokasi daripada segi budaya,makanan, tarikan setempat selain gaya hidup komuniti tersebut.

Manakala, seluruh Keluarga Malaysia sama ada yang berada di dalam mahupun luar negara turut digalakkan untuk terlibat secara langsung dalam penganjuran aktiviti atau menyertai program yang diadakan bersempena dengan SambutanBulan Kebangsaan 2022.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) selaku Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 juga amat mengalu-alukan kerjasama dengan sektor swasta dan NGO dalam menyemarakkan sambutan pada tahun ini.

Turut hadir ke pelancaran ialah Ketua Setiausaha K-KOMM, YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

Maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2022 boleh didapati di laman web www.merdeka360.my.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM