Kerajaan Negeri, MBK Mahu Wujudkan Pasar Tani Kekal Di Kuantan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Kerajaan Negeri bersama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bercadang mewujudkan tapak pasar tani kekal di Daerah Kuantan supaya dapat membuka peluang kepada peniaga-peniaga peluang berniaga pada setiap masa.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda berkata, pihaknya sedang berbincang bersama Datuk Bandar MBK, YH. Dato’ Hamdan Hussin berhubung perkara berkenaan.

“Saya ada beberapa cadangan dan sedang berbincang dengan Datuk Bandar untuk mewujudkan pasar tani kekal dan kerajaan meminta pihak MBK mencari lokasi yang besesuaian untuk diwujudkan pasar tani kekal supaya mereka dapat berniaga sepanjang masa.

“Itulah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan peniaga-peniaga yang berniaga di pasar tani mendapat keuntungan dan dapat membantu ekonomi penduduk sekitar,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda ketika Program Sambutan Ulang Tahun FAMA ke-56, FAMA Daerah Kuantan di Tapak Pasar Tani UTC Kuantan

Beliau berkata demikian selepas Program Sambutan Ulang Tahun FAMA ke-56, FAMA Daerah Kuantan di Tapak Pasar Tani UTC Kuantan.

Hadir sama ialah Pengarah FAMA Negeri Pahang, Encik Saiful Sadri dan Pegawai Daerah Kuantan, YM. Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah.

Pada program sama, YB. Dato’ Abd Rahim turut mencandangkan supaya FAMA dapat membantu usahawan tempatan untuk mempromosi produk Pahang ke negeri lain sebagaimana usaha yang dilakukan melalui promosi dari Negeri Melaka.

Usaha ini jelasnya dapat mewujudkan daya saing dan dapat memberi keuntungan kepada pelbagai pihak terutamanya peniaga pasar tani.

Sumber: PAHANGMEDIA