Khairy Dilantik Salah Seorang Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia Ke-75

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dilantik sebagai seorang daripada lima Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia Ke-75 yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland.

Beliau dilantik bersama-sama calon mewakili empat negara lain, iaitu Bulgaria, Indonesia, Togo dan Amerika Syarikat (AS).

Video pengumuman itu dikongsikan oleh Khairy dengan media tempatan, malam tadi.

Sementara itu, Penasihat kepada Menteri Kesihatan, Dimishtra Sittampalam, dalam ciapannya mengesahkan pelantikan Khairy.

“Khairy akan mewakili wilayah Pasifik Barat yang terdiri daripada 37 negara, serta mewakili satu per empat daripada populasi dunia,” katanya.

Sumber: BERNAMA