KPKKT Agih Bantuan Banjir di 16 PPS Bukit Besi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

DUNGUN – Anak syarikat susidiari Golden Pharos Sdn Bhd, Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn. Bhd. (KPKKT) mengagihkan sumbangan bantuan banjir ke 16 buah kampung di persekitaran kawasan konsesi Dungun Timber Complex (DTC), awal pagi semalam.

Penyelaras Dun Bukit Besi, Ustaz Haji Ghazali Sulaiman berkata bagi peringkat DUN Bukit Besi hampir 600 buah keluarga melibatkan lebih 2000 penduduk yang terjejas dan berpindah akibat terkesan dengan banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Banjir pada kali ini lebih teruk berbanding banjir yang berlaku pada bulan Februari yang lepas kerana ianya hampir sama dengan banjir teruk yang berlaku pada tahun 2014.

“Pihak kami memang merasakan berbesar hati dengan pihak KPKKT yang bermurah hati memberi sumbangan kepada 16 PPS dalam dun bukit besi bermula dari Kawasan Pasir Raja sehinggalah ke Jerangau,” katanya ketika ditemu bual di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kg. Besol semalam.

Program Sumbangan Corporate Social Responsibility (CSR) untuk tragedi banjir di kawasan Bukit Besi, Dungun yang dianjurkan oleh pihak KPKKT semalam merupakan CSR yang keempat diadakan oleh mereka pada tahun ini.

KPKKT telah memberi sumbangan kepada 16 buah PPS tersebut berupa beras, gandum, gula dan segala kelengkapan asas yang memperuntukkan mereka mengeluarkan sehingga RM25 000.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM