Kursus (CTRE) Pemandu Pelancong Seluruh Malaysia Promosi Pelancongan Baru di Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Kursus Continuing Tourism Related Education (CTRE) Pemandu Pelancong Seluruh Malaysia dianjurkan bagi memperkenal produk pelancongan baru di negeri Terengganu khususnya di dalam wilayah KETENGAH.

Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad berkata, program yang dikawal selia Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) ni bagi memperkenalkan serta mengemas kini pengetahuan produk baru dan sedia ada kepada pemandu pelacong seluruh Malaysia.

“Salah satu pengisian kursus ini adalah untuk memperkenalkan produk pelancongan terbaru di negeri Terengganu iaitu Bukit Besi Bandar Bersejarah”.

“Muzium Bukit Besi telah mula dibuka kepada pengunjung sejak Oktober 2021 dan sehingga kini telah berjaya mencatat kehadiran lebih 20,000 orang pengunjung”.

Tambahnya lagi, KETENGAH juga dalam proses untuk mempelbagaikan aktiviti pelancongan di sektar Tasik Puteri antarnya dengan mewujudkan aktiviti skuba.

“Dengan wujudnya kepelbagaian aktiviti di kawasan sekitar, maka pakej pelancongan yang komprehensif dapat dibentuk bagi memenuhi keperluan pelancong” ucap beliau dalam Majlis Perasmian Kursus Continuing Tourism Related Education (CTRE) Pemandu Pelancong Seluruh Malaysia di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu.

Pada majlis tersebut seramai 125 orang pemandu pelancong berlesen daripada 18 persatuan seluruh Malaysia diraikan sempena berjaya menamatkan kursus tersebut yang mula diadakan 21 hingga 23 Mei 2022.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM