Laluan LPT 1 dibuka semula kepada semua kenderaan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 yang sebelum ini ditutup akibat ditenggelami banjir, kini dibuka kepada semua kenderaan dan boleh dilalui bermula 4 petang tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan ANIH Berhad (ANIH) berkata, lorong laju di Kilometer 126.3 antara persimpangan Chenor ke persimpangan Temerloh kini dibuka kepada lalu lintas bagi kedua-dua hala.

“Ini bermakna semua laluan LPT Fasa 1 kini boleh dilalui semua kenderaan. Bagaimanapun, pengguna dinasihati untuk mematuhi papan tanda di lokasi dan berhati-hati ketika memandu,” kata ANIH dalam kenyataan hari ini.

ANIH selaku pengendali konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan LPT1 menasihatkan pengguna mendapatkan maklumat mengenai lebuh raya menerusi Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook LLM @Lebuhraya Pantai Timur.

Pengguna juga boleh menghubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.

Sumber : Berita Harian