Lebih 100 Pelita Menghiasi Sk Limau Kasturi 1

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

GUA MUSANG: Semangat menyambut Aidilfitri kian terasa apabila guru-guru, kakitangan sekolah dan ibubapa turun padang memeriahkan kawasan sekolah dengan lebih 100 pelita, semalam.

Guru Besar SK Limau Kasturi 1, Noorzilawati Ab Rahim berkata, sambutan malam tujuh likur telah menjadi acara tahunan sekolah terbabit bagi meraikan semua golongan di sekolah itu termasuk murid-murid di asrama yang tidak dapat bersama keluarga.

Katanya, usaha menghiasi kawasan sekolah bertambah meriah apabila semua pihak bekerjasama memasang pelita selain lampu hiasan bagi menerangi kawasan sekolah.

Harapannya semoga program sebegini dapat diteruskan pada tahun mendatang bagi mengeratkan silaturrahim antara warga kerja sekolah dan komuniti di Kampung Limau Kasturi.

– Buletin TV3