Miliki wajah iras Ayda Jebat, tunang Sufie Rashid tarik perhatian ramai.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sufie Rashid atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid telah selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya yang juga seorang ahli perniagaan, Nurulain Md. Yusof pada 15 Disember tahun lalu.

Baru-baru ini, penyanyi lagu Aku Sanggup it ada memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya yang berjaya menarik perhatian netizen.

Menerusi posting tersebut, penyanyi berusia 28 tahun itu berkongsi gambar bersama tunangnya bagi mengimbau kembali kenangan mereka ketika susah dan senang.

“#Throwback last year sebelum tunang. This girl beside me stood by me when i fell. Insyaallah this same girl i shall call my beautiful wife in a few months time. Amin,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen nampak begitu teruja dengan kecantikan gadis berusia 28 tahun itu serta turut mengatakan wajahnya persis penyanyi terkenal, Ayda Jebat.

Muka macam Ayda Jebat…

For a minute ingatkan Ayda Jebat tadi…

Tunang macam kembar siam Ayda Jebat…

Nampaknya tak lama lagi mereka bakal mendirikan rumah tangga. Semoga hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin!

Sumber: Oh My Media