KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) optimis untuk meneruskan kesinambungan daripada Inisiatif Belanjawan 2022 membabitkan penambahbaikan serta inisiatif baru yang diperuntukan dibawah Akta 789, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, ‘SKSPS’ sepertimana pembentangan belanjawaan 2023 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada 24 Februari lalu.
Dibawah pembentangan tersebut, ianya terbahagi kepada dua program yang ditawarkan kepada Orang Berinsuran Sendiri ( OBS ) iaitu SPS Padanan Caruman dan SPS Madani membabitkan seluruh golongan sasar yang menjalankan aktiviti pendapatan sendiri berkuatkuasa mulai 1 Mei 2023
SPS Padangan Caruman adalah suatu pembiayaan padanan caruman bagi Pelan Caruman 2 (RM232.80) di mana 80% (RM186.20) akan dibiayai oleh pihak Kerajaan manakala baki 20% ( RM46.60) perlu dibayar oleh kumpulan sasar bagi mendapatkan perlindungan selama 12 bulan ( 1 tahun ) sekiranya berlakunya bencana pekerjaan sendiri atas diri mereka. Skim ini melibatkan 11 kumpulan sasar membabitkan semua aktiviti pekerjaan sendiri di Malaysia.
Manakala dibawah SPS Madani, ianya merupakan pembiyaan caruman 100% oleh kerajaan bagi Pelan Caruman 2 ( RM232.80) dan Pelan Caruman 4 ( RM592.80 ) dengan tempoh perlindungan selama 12 bulan ( 1 Tahun ) kepada 4 kumpulan sasaran Orang Bekerja Sendiri iaitu melibatkan 9 Agensi Sukarelawan, Pekhidmatan Rumah Ibadat Islam, Penyelia serta Petugas Komuniti dan ‘Contract For Service’ dalam sektor awam.
Kedua-dua program ini menawarkan 8 faedah perlindungan kepada OBS sama sepertimana yang disediakan dibawah akta 4, Skim Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bagi membantu OBS serta waris sekiranya berlaku sesuatui bencana pekerjaan sendiri.
Pengarah PERKESO Negeri Terenggau, Puan Hajah Farihah Che Husin memaklumkan, dari Januari hingga April 2023, Seramai 1850 pendaftaran baru OBS telah berjaya didaftarkan dan seramai 10’684 OBS masih aktif di dalam tempoh yang sama diseluruh Negeri Terengganu.
Manakala bagi bayaran pampasan terhadap OBS yang telah ditimpa bencana kerja, sebanyak RM107’183.64 telah dibayar oleh PERKESO membabitkan tuntutan seramai 48 OBS diseluruh negeri ini kata Farihah semasa di dalam Program Sambutan Adilfitri PERKESO Negeri Terengganu yang diadakan Wisma PERKESO Terengganu.
Turut hadir memeriahkan majlis tersebut, Dato’ Ahmad Nadzaruddin bin Abd Razak, ahli Lembaga PERKESO serta isteri dan ketua-ketua jabatan serta agensi kerajaan dan swasta.
- UNIT BERITA MANIS FM